01 Ogos 2010

Susah sangat ke nak solat Ya Akh

Alhamdulillah, menulis sambil berfikir di bulan sya'aban, sungguh-sungguh memberi izzah' pada saya, sudah pasti bertemankan udara bahang yang panas, kadang-kadang air di atas sutuh(bumbung) rumah pun menjadi panas mengakibatkan seperti tanpa perlu memasang 'sakonah'(pemanas air di bilik mandi).

Ye, saya antara yang bersyukur, terasa udara yang Panas di Bumi Syam, saya harapkan ia satu angin berhawa dari arah selatan yang terletak bumi palestin, di bumi ahlil januubi(selatan) Mu'tah ini, cukup risau andai saya seorang yang merasai sejuk kalau musim soifi begini. Alhamdulillah Soifi itu Kejadian Allah.Subhanallah.

Saya antara (Bait muqabill masjid) Rumah Pelajar Malaysia di depan Masjid Pekan Ahlil Janubi ini, pastinya setiap saat menusuk dan menjengah diri ini diperlihatkan pelbagai kerenah manusia, terutama orang-orang arab dan tabiatnya, kadang-kadang rasa:

(1) 'Malasnya nak pegi masjid padahal speaker Masjid' sudah tepat tala menuju rumah.
(2) Allahurobbi rasa macam malas dah nak marah orang arab yang suke menjual sayur tanpa rasa  nak solat pabila tiba waktunya.Rase apa taktau le deme ni.
(3) Solat di rumah pun okey apa, lagipun sama aje, boleh jemaah dengan teman2 di bait.
(4) Perasaan bermazhab itu mulai makin timbul iaitu disertai hasutan nafsu (aku adalah mazhab as-syafe'i), deme(orang arab itu) bermazhab imam abu hanifah.Lain tu.
(5) ust, ana bukan tak mau pegi solat di masjid, risau di 'bait takde sape nak jaga.

Namun Lagi yang adiyy (biasa) di dengari di Zaman Fitan ini:

(6 "i semayang ke tak ke same je miskin camni.. baik i tak payah semayang.."
(7)"masa semayang dulu tetiap kali aku doa tapi Allah tak pernah kabulkan doa aku pun.. malas la aku.."
(8)"err..saya bukan tanak.. tapi takde masa la.. waktu smayang tu pun tekene waktu keje.. so payahla sket.."
(9)"dah tua sok aku smayangla.. muda2 ni mane ade trend orang smayang.."
(10)"nanti bila ada masa saya qada la ek?"
(11)"aku ni muslim sejati.. tapi takde sape pun yang ajo aku smayang.. mane la aku tau kene semayang.."
(12)"mak bapak aku pun tak semayang.. takkan aku nak derhaka kat dorang kot.. aku kene la taat dorang kalo nak masuk syurga.."
(13)"saya solat kengkadang je encik.. bila2 saya rasa nak saya solatla.."
(14)"awak nak tuduh saya tak semayang? saya pegi tau! smayang jumaat ngan smayang raya.. smayang jugak kan? kire okla daripada langsung tak pegi.."
(15)"saya tak semayang tapi hati saya baik tau.. semayang pun watpe kalau wat jahat kat orang.."
(16)"sebenarnya saya nak solat.. tapi setan asik menyucuk2 saya supaya jangan solatlah., saya pun ikutla.."


Sabda Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wasssalam
'Sollu kama ro aitu muni usolli'
Naam Solat melebihi kewajiban yang lain
sebab itu pensyariatannya dilalui Rasulullah
dengan perbezaan.INTABIH..
                                                              Kalau saya buat lagu nasyid nak cipta tajuk
'Walaupun HIDUP sejuta atau semilion tahun kalau tak Solat'
tiada makna keHIDUPan.
Setiap Hari 5 waktu sehari semalam je akh, takkanlah susah.
Inilah Rumah Allah yang saya hadapinya setiap Hari
tanpa Bosan, Masjid Syuhada' Mu'tah Jordan.

Selalu Dengar Nasyid berkaitan sembahyang.

'sepohon kayu daunnya rimbun..
lebat bunganya serta buahnya..
walaupun hidup seribu tahun..
kalau tak sembahyang apa gunanya..
walaupun hidup seribu tahun..'
kalau tak sembahyang apa gunanya..'

Memang ia salah satu alunan nasyid yang pernah dialunkan oleh kumpulan nasyid handalan 'Al-Arqam' yang menelusuk masuk ke dalam masyarakat Melayu satu masa dulu, dan di alunkan lagi nasyid ini oleh kumpulan Saujana itu, naam kalau ikutkanlah memang tak logik langsung manusia mencapai  HIDUP 1000 tahun di kala ini, bukan satu dongengan Tapi ia adalah makna mubalaghah di sebalik perkataan itu, iaitulah Hatta selama mana kita Hidup Bergembira di atas Bumi ini  tiada maknanya kalau kita hidup  kalau tidak mengabdikan diri dan menyembah Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Hanya mubalaghah seribu digunakan..kalau teman-teman nak convert sejuta, semilion, juta milion, millionaire pun tiada kemuskilan.

Ketika ini hati saya bermonolog untuk menyentuh perihal solat ini, ish susah sangat ke yang namanya solat nih? Padahal tak sampai 5 minit pun kan, itu belum lagi yang the flash, memang patut kajian Ad-Duktur Fadilah Haji Kamsah itu(Tekan ini), Peratusan di buat beliau menyatakan solat di kalangan orang muda semakin merosot, itu belum yang dikaji kekhusyu'kannya, memanglah perkara khusyu' antara hamba denngan Penciptanya, namun kalau sudahfe'el menggambarkan jawapannya senang di ketahuilah.

Sedang solat bergerak-gerak melebihi senaman memanaskan suhu badan, tengah solat henfon berbunyi, waktu solat fikir hal yang lain..Muhasabah ini penting supaya dapat NILAI IBADAH.
Kalau 5 minit waktu solat, tak sampai setengah jam nak bertemu Allah Ta'ala, berbaki 23 jam setengah itu boleh di lakukan kegiatan kehidupan seharian yang memberi maslahah, contoh utama berjalan di atas muka buminya dengan berzikirullah(mengingati allah), memang payah kan..takpelah faham, sibuk juga kan, lebih sibuk mengalahkan Raja Jordan kan..sekurang-kurangnya jadilah dapat ingat Allah Ta'ala dalam 5 waktu itu.

Mesti tahu ibadah solat ini.

Solat, adalah satu ibadah khusus yang sangat special, maka  Pensyariatannya sahaja cukup berbeza, puasa, zakat, haji...ibadah yang turun melalui perantaraan wahyu  Malaikat Jibril alaihissalam, kepada baginda Rasulullahi sollallahu alaihi wassalam, Namun solat Nabi di isra' kan ke Baitul Maqdis dan di Mi'rajkan ke Lagit bertemu Allahu Azza Wa Jalla bagi mengambil apa yang di namakan solat ini..Ibadah lain diturunkan terhadap baginda namun solat ini, Rasulullahi sollallahu alaihi wassalam mengambilnya.

Sepatutnyalah kita tiada sebarang alasan untuk meninggalkan solat.. ianya dah terlalu RINGAN buat kita.. solat fardu yang sepatutnya kita lakukan adalah 50 waktu tapi Nabi kita Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam dah tau dah umat Baginda takkan mampu untuk melaksanakannya dan telah dimohon untuk dikurangkan sehingga ke 5 waktu yang disyariatkan ini.. 5 waktu ni pun kita nak mintak kurang lagi? jangan nak jadi zalim.. jangan jadi manusia dan hamba yang tak reti nak bersyukur..

Sudahlah di ringankan 50 waktu kepada 5 waktu, itu pun berbuih alasan di dengar, cuba meletakkan solat palingg berat diaksanakan macam nak angkat kayu balak di hutan simpanan di pahang tulah agaknya kot,
'susahlah awal waktu','masa terhadlah',kerja ofis mendesak tak boleh solat,

Belum lagi yang sudah berumah tangga, anak zaujah adalah lebih utama kan, dalam masyarakat pula kenduri orang kahwin mesti bertembung waktu solat, entahlah yang namanya orang melayu, sedikit Ta'ajub dengan kenduri orang arab, meraka melakukan pabila malam menjelma, sudahlah sejuk ketika  memasak,merewang, kupas bawang, masak kambing, banyak lagi, namun tiada mudarat berlaku, malah ceria lagi selesai Solat isya' go on je..jadi apa masalahnya.

Solat Penting Para Agamawan.

Saya antara yang berpesan dangan sungguh-sungguh pada diri yang dhoif  ini, sesungguhnya para ilmuan, agamawan diuji juga tentang Hati oleh PenciptaNYA, Pelajar-pelajar berbidangkan Pengajian ISLAM, berbakolurius Fiqh, Usuldin malah Da'wah islamiah, terlompang solatnya, solat solo di akhir waktu, tidak berjemaah di masjid, studi untuk imtihan hingga waktu tinggal subuh, belum yang masih teringat hendak qada' solatnya, Allahu robbi gelisah hatinya di didik manja seperti itu..

Kalaulah begini dipanggil 'ostat ostazah', bagi memiliki jiwa masyarakat hari ini, rasa-rasanya  suitable ke, na'am saya mengatakan sungguh ia memalukan (al-haya' minal iman), agak-agaknya sesuai juga dipanggil suwai2 penyamun okey tak, boleh ke panggil camtu? SERIUS sungguh saya hal ini, dan inilah tugas para da'ei yang di war-warkan itu, Janganlah hanya pendakwah punyai kereta Harrier versi special edition mahupun innova limited sudah yakin mampu memupuk NILAI solat dalam masyarakat..Ini adalah peringatan bagi kaum yang mahu berfikir.INTABIH.

Teringat dulu timbul isu panas menayangkan video pada kanak-kanak tentang seksaan kubur akibat tidak solat, menimbulkan rasa sedar untuk kanak-kanak solat, naam tidak sepatutnya isu ini timbul kalau masyarakat berfikrah tajam membaca tentang kefahaman didikan solat pada anak semenjak kecil lagi,  kalau mereka tahu bertapa perit mencari seribu satu pemboleh-baikkan pada anak-anak supaya mereka laziminya sedari kecil lagi hinggalah ke tahap besar manusia dewasa.

Pengalaman itu satu maslahah.

Teman saya ada bercerita kisahnya,
'sampai sekarang ana masih terasa hanger yang disebat di belakang ni sebab maleh semayang.. sampai sekarang ana masih ingat telinge yang merah ditarik oleh abah sebab lambat solat.. masih teringat akan air yang disimbah ke muka sebab tak bangun subuh..

kalau bukan kerana waktu kecik dulu ana semayang kerana rasa takut dipukul dan ditarik telinge dan disebat dan dipelangkung dan di itu di ini dah tentu bila beso ni pun takde rasa takut meninggalkan semayang tu.. biarlah waktu kecil anak2 merasa takut untuk meninggalkan solat kerana takut pada ibu bapanya.. insyaAllah sedikit demi sedikit lepas dididik dengan betul rasa takut pada ibu bapa ataupun rasa takut untuk diseksa tu akan bertukar kepada rasa takut kepada Allah..

 T'akut yang sebenar2 takut.. hinggalah mereka merasa hakikat sebenar khauf dan raja'.. takut dan mengharap.. bukan sekadar takut hingga sampai histeria.. tapi takut yang kita nakkan adalah khauf yang disertakan bersamanya raja'.. mengharap akan keampunan dan keredhaan Allah Subhanahu Wa Taala.. insyaAllah walau sejauh mana pun seseorang tu terbabas bila dah dewasa.. jika asas didikan yang diberikan semasa kecil tu kukuh..

Mesti paling kurang jauh di sudut hati dia ada sekelumit rasa ingin kembali dan beramal dengan apa yang dah didisiplinkan oleh ibu bapa dia sejak kecil.. kalau sejak kecil dia diajar mendisiplinkan diri dengan solat.. bile dah beso dia tinggalkan solat mesti dia akan rasa tak sedap hati.. kalaupun dia kata hati dia gembira.. percayalah sesungguhnya dia hanya buat2 gembira.. dia akan merasai sesuatu yang tidak kena padanya kerana cuba menjauhi perintah Tuhannya.

Itu teman saya dari Mesir bumi kinanah tentang kisahnya, saya dibesarkan penuh didikan oleh Abah dan Emak yang semestinya juga seorang Guru Pendidikan Kaunseling buat diri ini. 

Sedari kecil di ajarkan oleh Abah dengan pergi ke Masjd bersamanya, dari duduk di dalam raga motor sehinggalah sekarang pabila ke masjid, Abah menjadi pemboncing saya, saya kenal ramai orang masjid, bahkan pernah menyesal kalau sekali ter'mis' ke Rumah Ibadah orang Mu'min itu.Abah asyik berpesan hattalah kalau kita jadi masbuk solat fardu, teruskan juga langkah ke Masjid itu, sekali tinggalkan nafsu mulai merajai Hati.Percayalah.

Dari imam masjid yang tua yang sudah pun meninggal saya sudah hadam bacaan harkat amin mereka, begitu juga imam yang lain, sedari saya kecil apabila tiba musim ramadan paling mewah bagi saya, ramai kawan kenalan saya di masjid dulunya nakal, pabila  imam solat terawih, kami main aneka mercun di perkarangan masjid dengan gembira.

Namun hari ini berubah, semua teman-teman masjid saya sudah ke Peringkat Tinggi belaka, malah ada pulak yang balik semula ke masjid kami itu menjadi Imam Muda masjid, itulah penangan Didikan khas buat anak-anak, biasakan meraka dengan mengenali masjid, bukan kecil-kecil dengan playstation 2 mahupun sekarang dengan FBnya..Supaya Gelisah berNILAI IBADAH.


Penutup.

Sebelum mengakhiri posting kali ini, moleknya saya menjawab seperti perkongsian teman saya itu, mudah-mudahan ada kemaslahatannya pada mereka yang suka beralasan ini, ia sebagai satu perkongsian untuk orang Muda, kalau orang arab panggil 'Ghoniyyun Ta'lil"(kaya dengan alasan).

" semayang ke tak ke same je miskin camni.. baik i tak payah semayang.."
ye kompem ke banyak duit dan kaya tu bleh menyebabkan ko smayang? berapa ramai je orang kaya kat luar tu yang tak semayang jugak? camne?


"masa semayang dulu tetiap kali aku doa tapi Allah tak pernah kabulkan doa aku pun.. malas la aku.."
dah ko mintak kereta mercedes turun dari langit.. memangla Allah tak kabulkan.. Allah nak suruh ko berusaha.. barula bertawakal.. kalau Allah tak kabulkan kat dunia ni pun.. Allah nak suh ko bersabor.. kat akhirat sok tentu Allah bagi.. lambat atau cepat je..


"err..saya bukan tanak.. tapi takde masa la.. waktu smayang tu pun tekene waktu keje.. so payahla sket.."
waktu makan bleh plak ngko tak miss? perut ko mintak pengisian ko bagi.. tapi hati ko mintak pengisian ko bagi macam2 alasan.. bukan ke tak adil namanya tu?


"dah tua sok aku smayangla.. muda2 ni mane ade trend orang smayang.."
abes kalau kejap lagi dua tige minit lagi ko mati tak sempat tua? nak mati ikut trend kapiak jugak ke?


"nanti bila ada masa saya qada la ek?"
kalau tak sempat dan takde masa sampai mati cemane?


"aku ni muslim sejati.. tapi takde sape pun yang ajo aku smayang.. mane la aku tau kene semayang.."
dah ngko pun tanak cari orang yang nak ajo ko smayang.. tu namanya bukan tak tau tapi buat2 tak tau..

"mak bapak aku pun tak semayang.. takkan aku nak derhaka kat dorang kot.. aku kene la taat dorang kalo nak masuk syurga.."

Ingatlah Allah rakamkannye:

Dan jika keduanya (ibu bapa) memaksamu untuk mempersekutukan
dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu,
 maka janganlah kamu mengikuti keduanya[Surah Luqman : 15]


"saya smayang kengkadang  je encik.. bila2 saya rasa nak saya smayangla.." 
logik tak kalau ko nak idup kengkadang je.. bila2 ko rasa nak idup ko idupla.. kadang mati kadang idup.. bleh gitu? camtu jugakla ngan hati ko.. solat tu menghidupkan hati..


"awak nak tuduh saya tak semayang? saya pegi tau! smayang jumaat ngan smayang raya.. smayang jugak kan? kire okla daripada langsung tak pegi.."
bukan tuduh.. dah memang betul.. semayang raya tu sunat je.. yang wajib solat fardu hari2 tu.. yang langsung tak pegi tu dah kompem dah nak cakap pe ni.. yang ngko tu nak jadi orang yang mempertahankan benda yang sah2 salah apekehal..


"saya tak semayang tapi hati saya baik tau.. semayang pun watpe kalau wat jahat kat orang.."
konsep yang ni lagi la macam best sangat.. tak reti nak beze bahagian ngan bahagian.. solat tu satu bende yang lain.. wat jahat tu satu bende yang lain.. kalau orang yang solat tapi buat jahat dosa dia pada buat jahat je.. bab solat dia lepas.. tapi orang yang tak solat buat baik.. dosa pada tak solat tu memang kompem melambung2 dah.. silap2 buat baik tu pun tak dapat pahala sebab bejangkit ngan dosa tinggal solat tu.. sape tau kan.. konsep2 yang dibina mengikut hawa nafsu camni memang takleh pakai.. so kalau tak tau jangan main cakap ikut sedap jer..
 
yang membezakan antara iman dan kufur adalah meninggalkan solat
[riwayat At-Tirmidzi]


"sebenarnya saya nak semayang.. tapi setan asik menyucuk2 saya supaya jangan semayang.. saya pun ikutla.."
elok sangat la tu satu geng.. ko pun same ke deme ke.. elok jangan jadi manusia la senang kan..

2 komenan:

hamba-NYA berkata...

assalamualaikum ustaz firdaus...sihat kah?
wah ustaz ade blog rupenyer....

ape2pun terima kasih diatas perkongsian ilmu tue.
Semoga Kite sume senantiasa berada di bawah payung rahmat dari Sang Pencipta dan Sang Pencinta Yang Maha Agung....

p/s:sudah lama tiada mendengar khabar berita dari ustaz... tapi tidak mengapa. may b sudah lupa akak di sini.huhuhu...Jaga diri dan Belajo molek2.

ibn suhaimi™ berkata...

Terima kasih daud keladi iya, Moga terus berjya sehingga memberi manfaat kepada manusia lain...allahumma amin..

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang