19 Julai 2010

Madah 'ayatul ahkam' bukan 'ayatul husna'

Bulan Sya'aban penuh barakah, penuhkan istiqomah..

Allahu robbi..

Dahsyat, Soifi (Musim Panas) yang membakar semangat membara tullabul ilmi di Pekan ahlil janubi ini, cerita kelmarin dahulu, masih terpatri bersama teman saya ust arief ad-dimasyi itu, mencari nota demi menghadamkan madah Fiqh+Tafsir penuh keilmuan, iaitulah Madah 'Ayatul Ahkam'
|روائع البيان تفسير آيات الاحكام من القران

Namun kini, sedang berfikir pula dengan muhasabah diri, Bagaimanalah Suasana Peperangan Di sertai Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam di Bulan Sya'aban Tahun ke 6 hijriah itu, Satu Ghazwah yang menyaksikan kemenangan Islam yang di janjikan Allah, terhadap Golongan Yahudi Bani Mustaliq, na'am ia dinamakan Peperangan Bani Mustaliq.

Penat kelmarin belom hilang namun penuh bermakna menyelongkar  khazanah ilmu Ulama'  yang tersenarai ranking 500 Muslim paling berpengaruh di Dunia(tekan ini) dan (ini), iaitulah kalam hebat Ustaz Ad-Duktur Muhammad Ali As-Sobuni, Duktur Kuliah Syariah Pendidikan Islam Makkah Al-Mukarramah.

iye, Jazakallah wa alfu sukran di ucapkan pada sahabat seniur saya, yang telah meminjamkan notanya itu untuk 'di taswir' mengikut acuan kami, sesungguhnya nota itu sangat BerNILAI untuk menjawab soalan imtihan awwal pagi ahad itu.

Bersemangat sama teman saya, ust arief ad-dimasyi di petang hening panas Mu'tah, entah apa yang memberi kekuatan semangat pemudanya itu, dia antara teman saya yang hidup dengan senyuman di bumi ahlil janubi ini, sejak pertama jumpa dengannya sudah serasi untuk senyuman, bagus ustaz, nanti balik terengganu, jangan lupa intima' dengan orang-orang yang perjuangkan islam ya..Pesanan ana pada ust "Hadamkanlah madah Ayatul Ahkam itu, bukannya Hadam filem yang ada Ayatul Husna itu..

Minat sungguh untuk sama-sama menghayati madah ini, tambahan di bulan Mulia sya'aban ini, Walaupun tinggal hanyalah beberapa bulan menghayati inti-pati Kitab ini, rasanya sudah terkena 'tempias cintanya'.

Alhamdulillah, saya antara yang beruntung mengambil madah ini bersama Duktur favourite Jamiah Mu'tah, Duktur Amin Buttus itu. Bukan sahaja kandungan manhajnya mudah di fahami, namun senang bagi saya mentafsirkan Surah berkaitan Hukum-Hakam pensyariatan Allah Subhanahu Wa'Ta'ala..Ya Allah berikan kami kefahaman menghadam ilmu pengetahuan.

    Kitab Tafsir Ayatul Ahkam Minal Al-qur'an karangan
Duktur Muhammad Ali As-sobuni, yang mendapat
tempat ke 29 dalam ranking
The 500 Most Influeuntial Muslims in the World,
Sebaris dengan TGNA yang mendapat ranking ke 42.
Subhanallah..

 Berikut bersama ust arief ad-dimasyi yang memakai
Jubah berwarna Putih Al-haramain, beliau teman saya
yang suka senyum.,nyakat orang pun samalah.

Ketika IMTIHAN bertasbih.

Soifi antara dikenali sebagai Musim Panas di bumi Jordan yang punyai 4 musim, ia ciptaan sempurna dari Allah Subhanahu Wa' Ta'ala, Subhanallah, tak pernah rasai panas sebegini di Bumi Tanah Air tercinta, kesekian kali merasainya ibarat mahu sentiasa menanti  'ABC' warung pak aji di sekinchan sahaja.

Sesungguhnya saya anatara yang suka berpesan pada diri sendiri dan teman-teman, agar setiap waktu di Bumi Barakah ini di manfaatkan dengan paling terbaik, tidak hanya 'berdakwah melalui face-book itu sahaja' malah kena lebih dari itu, Pelajar Jurusan Syariah di tunggu-tunggu di tanah Air bagi mencurahkan ilmunya' 'Sesungguhnya Jalan Dakwah Bukan Pada mereka Yang Suka Bermanja-manjaan'
[Intabih wa Ihtimam].

Saya berdoa supaya teman-teman sekuliah saya yang sedang menghadami Kitab Tafsir Ayatul Ahkam, Duktur Ali As-Sobuni, moga Allah memberi kefahaman yang mantap serta kekal, langsung demi mengutip Mutiara Ilmu.

Na'am pabila musim panas berlalu di bumi ini, mentahdidkan masa kita belajar di kuliah menjadi singkat, perlukan Tumpuan yang paling bersungguh-sungguh, imtihan akan datang dengan awal, saya suka berpesan pada diri agar menjadi Syabab yang Istiqomah dengan amalan harian, sudah tentulah Pemuda Medan Ini takkan Mudah mengaku kalah dengan kecurian masa yang berlaku, jangan mudah tergopoh-gapah hadapi masa kita, jangan terlalu gelisah dengan fe'el arab yang kadang-kadang membuatkan kita menahan Marah,
ingat Supaya Gelisah BerNILAI IBADAH.

Maka sebagai satu tanbih juga, pelbagai IMTIHAN itu juga adalah satu ibtila' juga di Medan Nafar ini, sama-sama teguh hadapinya dengan terbaik.

Peringatan SATU ingatan.

Bulan Sya'aban berlalu dengan pantas lagi, saya juga ingin berpesan pada teman-teman seperti tahun-tahun lepas, namun ketika itu, saya masih di Tanah Air menanti jawapan ke bumi syam bumi isra' ini. Alhamdulillah sekarang sudah berada disini demi mengutip mutiara Ilmu, mudah-mudahan Allah beri Nusrah.

Ya pesanannya iaitu Qada'lah puasa di kesempatan yang antum ada, na'am peryataan ini bukan pada golongan wanita mu'minah yang pasti ada asbab mereka, malah pada mereka yang terpaksa menjadikan puasa lepasnya menjadi lompang, disebabkan perkara-perkara tertentu.Sudah tentu manusia beriman mahu di jauhkan Fidyah(Denda sebab tidak melakukan atau melanggar sesuatu yang fardhu). 

Dulu ada orang bertanya, Ustaz kalau kita Qada' puasa pada 30 Sya'aban boleh tak? Kenapa suka Qada' lewat-lewat?Saya orang melayu ustaz, melayu kan MUDAH lupa..tersenyum saya, soalan itu di tanya ketika kuliah magrib di Musolla Kampus dulu.

Jawapannya; Untuk Puasa Qada' tidak boleh dilaksanakan pada hari terakhir Sya'aban, yang tidak boleh ialah puasa sunat semata-mata, kecuali bagi mereka yang istiqomah puasa pada setiap hari isnin dan khamis sebelum 15 sya'aban. Ini kerana terdapat larangan daripada baginda sollallahu alaihi wassalam yang bermaksud' JANGANlah engkau berpuasa satu atau dua hari sebelum Ramadhan, kecuali bagi seseorang yang biasa berpuasa, maka baginya SILAkan berpuasa[Hadis Sohih Riwayat Imam Muslim Radhiallahu Ahnu-Kitab Sohih Muslim].

Na'am mudah-mudahan ada sedikit irsyad(panduan)bagi mereka yang mahu berfikir, terlalu panjang kalau mahu di syarahkan sekadarnya sahajalah, supaya nanti kita Jangan jadi orang yang menyesal menghadapi Bulan Barakah Ramadan.

Sejujurnya juga, saya masih terkesima melihat isu melampaunya kenaikan petrol dan gula (tekan ini)di negara saya itu, INGAT, pemimpin yang memikirkan hal keutamaan Rakyatnya adalah paling di kasihi Allah.

Bukan saya tidak tahu ramai golongan tidak berkemampuan, mereka 'Kais Pagi Makan Pagi' namun ada pemimpin yang 'kais pagi makannya siang malam pagi petang komisyen dana projek segera'..kalaulah mereka tahu susahnya menangkap ikan haruan, menjala udang sungai, mengait buah sawit, menahan nyamuk di ladang getah, memikul kerang di lautan lumpur, yang ma'aruf hanya sekadar melepaskan nafkah untuk diberikan pada anak-anak menuntut ilmu, kesian namun MEREKA itu hidup bermakankan penghawa dingin di musim panas.

Sesungguhnya saya sering berdoa pemimpin dokongan saya dijauhkan Perkara Kibr' (takbur, bangga diri) dan terus berbakti untuk rakyat, mafhum mukhollafahnya saya juga berdoa agar Pemimpin ZALIM cepat-cepat di beri Hidayah Allah sebelum mereka menjadi taubat di 'Hujung Nyawa'.

Penutup.

Jom terus dan banyakkan berdoa, bulan ini bulan di kasihi Allah dan Rasulnya, kita tullabul ilmi di Medan Nafar, Bumi ahlil Janubi ini lagi-lagilah, mudah diberi penerimaan doa itu, Bi'iznillah, Ya Allah Berikan keberkatan pada kami di Bulan Rejab Dan Bulan Sya'ban dan Sampaikanlah kami ke Bulan Ramadan yang barakah..Allahumma Amin.

2 komenan:

Sitisifir10 berkata...

Berharap dapat juga berada di bumi sana, supaya lebih banyak lagi ilmu dapat dihayati :)

Mu'tah? Saya ada 2 adik ipar di sana

ibn suhaimi™ berkata...

Iya mohon doa dari sitisifir 10 iya..

Allahuyusahhil alaik...Allahumma aminn..

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang