02 Jun 2010

Terus membenci as-sohyuniyyun.

Seluruh dunia terkedu tindakan zionis@as-sohyuniyyun membelasah dengan penuh rakus terhadap kapal mavi marmara yang membawa aktivis kemanusiaan pada 31/05/2010 mudah-mudahan menjadi lipatan sejarah dunia dan masuk dalam buku sejarah bagi pelajar spm beberapa tahun akan datang.

Alhamdulillah saranan TGAH supaya membacakan Qunut Nazilah pada rakyat di tanah air  didengari juga oleh kami di bumi mu'tah, solat hajat dan wehdah dilakukan di Pusat Khidmat Mahasiswa Mu'tah serta-merta memohon agar Allah subhanahu wa ta'ala memberikan sakinah seumpama Tentera Muslimin berdepan Yahudi Khaibar pada bulan Muharram tahun 8 hijriah.

Mudah-mudahan sakinah@ketenangan kepada semua aktivis kemanusiaan dalam menghadapi as-sohyuniyyun sama ada sampai ke Jalur Gaza atau Syahid bersama Intifadah rakyat palestin di bawah parti HAMAS, dalam masa yang sama memberi kegerunan terhadap as-sohyuniyyun itu menghadapi kebangkitan umat islam, pokoknya tullabul ilmi perlu sedar setiap masa daripada kelalaian yang memberi mafsadah. 

Membuka mata dunia.

Orang bukan islam sendiri memberi respon dengan menyatakan zionis adalah 1 kaum yang tidak meredhai agama lain di atas muka buminya ini, ia memang jelas dalam 24 protokol yahudi memberi master planning yang dahsyat ke atas umat dunia dalam the protocols of the learned elders of zion(tekan ini).

Walaupun seramai 16 yang telah meninggal dunia dalam kejadian rampasan kapal mavi marmara milik negara turki itu, memberi tamparan hebat pada PBB yang masih memandang ringan hal tersebut, namun muzhoharat juga dilakukan orang bukan islam di Eropah termasuk London dan New York City memberi kesedaran as-sohyuniyyun adalah bangsa yang dimurkai allah subhanahu wa ta'ala.

Bukanlah sekadar laungan bencikan as-sohyuniyyun itu, tapi tetap dan pasakkan dalam hati dengan keimanan yang jitu mengingati hadis sohih dari Rasulullahi Sollallahu Alahi Wassalam dalam hadis matan akhir zaman mengenai perihal yahudi di zaman fitan ini;
Daripada Abu Sa’id al Khudri RA, beliau berkata : Rasulullah Sollallahu alahi wassalam pernah bersabda : “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?” Nabi SAW menjawab : “Siapa lagi kalau bukan mereka?” (Riwayat Muslim)

Kerajaan Turki telah memanggil duta Israel hari ini dan menghalau mereka keluar dari istanbul, sudah cukup menunjukkan tiada kerjasama akan berlaku apabila meminta as-sohyuniyyun memberi khidmat kepada negara (tekan ini).

Kisah khianat pertama yahudi di zaman nabi.

Kalau membaca sirah nabi Sollallahu Alahi Wassalam, terutama huraian terperinci dari kitab Ar-rahiqul makhtum karangan Syeikh Sofirahman al mubarikfuri dan Fiqh sirah Syeikh hunak Said ramadhan al-buti memperlihatkan khianat pertama yahudi Bani Qainuqa' yang membuat kekacauan terhadap terhadap muslimat islam di pasar Bani Qainuqa' mengacaunya dengan menarik hijab muslimat itu lantas seorang pemuda islam menyelamatkannya dan akhirnya dibunuh pemuda islam tersebut sehingga nabi mengumpulkan kaum yahudi di madinah.

Rasulullahi Sollallahu Alahi Wassalam, mengepung puak yahudi Bani Qainuqa' di Madinah ketika itu dan menghalau mereka ke Azri'at Negeri Syam dilarang menghampiri Madinah dan sehingga hari ini hidup mereka tiada tempat atau negara bagi meneruskan kehidupan hasad dengki terhadap islam, ia adalah berpunca dengan kehasadan terhadap tentera muslimin yang menang dalam Peperangan Badar al-kubra pada 17 ramadhan tahun kedua hijriah.

Sehingga menjadi "asbab annuzul ayat" Allah menurunkan Surah Al-Maidah ayat 51, supaya umat manusia hari ini mendapat guideline agar jangan berurusan dengan as-sohyuniyyun, dan ada pihak yang bersekutu dengannya.
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barang siapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.

Sikap syabab islam.

Jom berdoa setiap hari bermula sekarang mudah2an Qunut Nazilah itu didengari rintihannya oleh Tuhan yang menciptakan jin dan manusia, wajib bagi seorang muslim mengetahui malah bertindak demi menyelamatkan saudara mu'min yang lain.

من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم

Walaupun berjiran kami tetap bersama-sama menghirup udara bumi palestin bumi syam, yang pernah dibebaskan dengan senyuman mujahid panglima islam atau sultan al-islam wal muslimin Salahudin Al-Ayubi pada Perang Salib Kedua atau Perang Hittin(583 hijriah) serta membuka Palestin setelah 88tahun dikuasai kristian.

Pemuda dan pemudi islam akan bangkit kembali begitu banyak tanda-tandanya, maka ambil peluang dari sekarang menyertainya dengan ilmu yang bermanfaat memberi galakan kebangkitan islam dan syababnya, sesungguhnya kita adalah satu kaum yang Allah muliakan kerana islam.

[Jangan memberi sokongan kepada as-sohyuniyyun dan pihak yang bersekongkol dengan mereka].


2 komenan:

wardah_safiah berkata...

apa tanda-tandanya? asif xtw

ibn suhaimi™ berkata...

Na'am tahdid yg banyak, mudah2an tidak isti'jal fit torikud da'wah
[Jangan jemu mencari ilmu demi syiar islam, yg digeruni as-sohyuniyyun..
ihtimam wa intabih jiddan

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang