27 Jun 2010

Rindu Al-Haramain Jilid 2

Terlalu banyak istifadah Sirah Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam, yang membuatkan hati muda saya menjadi luntur malah sangat cinta kepada perjuangan Baginda Kekasih Allah itu, maka itulah pabila sudah terkena penangan Cinta al-haramain, ianya sangat menusuk di lubuk hati, Kota Makkah perkampungan  yang  dipelihara kesuciannya oleh Allah sehingga menjadi Tanah haram.


Perjalanan soifi Madinah ke Makkah membuatkan kami tak kering Lidah menyebut kalimah keagungan itu, tak cukup ustaz hayyi, di sambung ustaz hakimin, ustaz hasyim, ustaz hussin.Memang tak penat kami bertalbiah pabila mengetahui bahawa sudah masuk ke Zon Makkah Barakah itu. 


Walau dalam keadaan berihram sekali pun semangat syabab ketika itu membara, sudah lebih 500 kilometer kami, ditemani Sahra'(Padang Pasir) yang berwarna kehitaman mentahdidkan Yatrib ke Makkah adalah kota yang terkena bahang Mentari yang dahsyat. Bagimanalah kondisi Baginda melakukan Hijrah bersama sahabat karibnya itu, iya teruskan Muhasabah.

لبيك اللهم لبيك، لبيك لا شريك لك لبيك، إن الحمد، والنعمة، لك والملك، لا شريك لك
"aku penuhi panggilanMu Ya Allah, aku penuhi panggilanMu, tidak ada sekutu bagimu, sesungguhnya
segala Pujian dan Nikmat, dan PEMERINTAHAN adalah kepunyaanMu, tidak ada sekutu bagiMu".

Kalimah suci Talbiah bergema di dalam hafilah kami, uruf yang biasa ditadbi'kan juga oleh mana-mana jemaah ke tanah suci penuh nur itu, mudah-mudahan para pemuda ketika itu, bersemangat dan mendapat Ruhul Jadid dan istiqomah dalam memperjuangkan Islam, dan Syiarnya. 

Oleh itu Ihtimam(ambil perhatian) mengenainya Makkah Al-Mukarramah itu, tidakkah kita mengetahui keutamaannya, (1)Ia tempat yang dibangunnya Rumah Allah(Baitullah), (2)Kota kelahiran dan kenabian Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam dan penutup para Nabi danRasul, (3)Tempat beribadat para hamba-NYA serta adanya kewajiban atas meraka untuk mengunjunginya, baik dari jauh mahupun dekat, (4)tempat yang tidak boleh seorang pun masuk ke dalamnya kecuali dengan Kerendahan Hatinya, malah khusyu' kepala terbuka dan meninggalkan segala bentuk perhiasan dunia, (5)Tidak ada sejengkal pun bumi yang Allah mewajibkan bagi hamba-hambanya untuk menghadap dan melambaikan tangan kecuali pada Ka'bah, Hajarul Aswad, dan Rukun Yamani serta merta kiblat manusia seluruh dunia.(6) Dan tidak ada di atas muka bumi ini satu Masjid, dimana orang solat di dalamnya maka pahalanya dilipat-gandakan.

Lagi, keistemewaannya ialah Allah telah bersumpah dengannya didalam Al-qur'an dan larangan berlakunya pertumpahan darah malah orang-orang kafir termasuk yang diharamkan masuk ke Tanah Suci itu, sehinggakan dijaga rapi oleh Para malaikatullah hattalah Dajjal laknatullah tidak dapat masuk ke dalamnya.

Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam bersabda ketika baginda berada di Hazwarah(sebuah pasar di Makkah) "Demi Allah, sesungguhnya engkau(Makkah) ialah sebaik-baik bumi Allah, dan bahagian bumi Allah yang paling dicintainyaNya, seandainya kau tidak dikeluarkan darimu, maka aku tidak akan keluar"-Jami' Tarmizi, kitab al-Manaqib(3925), Hadis hasan gharib sohih.

Bahkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala merakamkan di dalam Al-Qur'an,"Sesungguhnya  rumah yang mula-mula dibangun untuk(tempat beribadah) manusia, ialah Baitullah di bakkah(Makkah) yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi semua Manusia" al-imran:96.

Menuju ke Miqat.

Dalam menghadami Perkara Rukun, Wajib Dan Larangan Ihram maka kami berniat ihram di Miqat Bir Ali Madinah, sangat memberi satu kesan, iya tiada apa yang dapat menghalangi pensyariatan Allah Subhanahu Wa' Ta'ala, teman saya yang baru sahaja belajar memakai ihram itu bertanya"ustaz betulkan ada 13 perkara larangan ihram dan pensyariatannya, ana boleh jaga semua tu ustaz namun ada satu tak biasalah" ku jawab mudah"enta biasakan ajelah iye, terpamir senyuman di Bir Ali memberi satu harapan pada pemuda itu, persoalan bukanlah tentang mampu untuk kita membayar damnya namun demi NILAI ibadah mesti dicari.

Disebabkan kami dari Madinah Kami niat Miqat di sana, namun kefahaman tentang mahu melakukan Umrah atau Haji mesti dihadami sebaiknya, supaya Allah mengasihi hambanya yang mahu bersungguh-sungguh, andai kita di tanah haram Makkah bagi yang mahu melakukan umrahnya yang baru boleh ke Masjid Tan'im yang sejauh 7.5 kilometer dari Masjid Al-haram.

Masjid Tan'im disebut dengan Masjid Saidatina Aishah Radhiallahu Anha, adalah yang paling hampir  dengan di batas tanah suci, ramai teman-teman saya mampu ke sana dengan dengan bernilaikan 2 Riyal Saudi menaiki 'van ala-ala rambo' itu ke sana bagi memperbaharui Umrah mereka, alhamdulillah. Ia adalah tempat Aishah radhiallahu anha berniat ihram dalam ketika Umrah, melaksanakan Haji Wida' bersama kepimpinan Rasulullahi Sollallahu alahi Wassalam pada tahun 9 hijriah.

Ada teman saya ke Ji'ranah, bagi me"renew" umrahnya, mabruk diucapkan iye, walaupun sejauh 22 kilometer  dari masjid al-haram, alhamdulillah mereka dapat ke sana juga bagi mencapai NILAI ibadahnya, 

Teringat Peperangan Hunain yang berlaku pada tahun 8 Hijriah, Ghazwah ini termaktub sebagai pelajaran Aqidah Islamiah dan menjadi Qanun Asbab dan Musabbab. Kalau kita teliti kisah Ghazwah Badar Al-kubra itu, maka Ghazwah Hunain menyelesaikan pelajaran ini, na'am di Ghazwah Badar Al-kubra bilangan tentera Muslimin yang sedikit mampu mengalahkan tentera kuffar yang ramai.

Namun pabila tercetus Ghazwah Hunain bilangan tentera Muslimin yang ramai belum tentu mampu mengalahkan musuh islam ketika itu, sehinggalah diberikan semula sakinah pada hati syabab-syabab mu'min ketika itu, barulah Allah memberi kemenangan pada islam dalam Peperangan Hunain, peristiwa ini dirakam olehNYA dalam [surah at-taubah 25-27]. Begitulah jua halnya Umat islam hari ini, andai bilangan yang ramai tetapi memberi kecacatan pada gerakan islam maka berwaspadalah dengan ujian dariNYA [Biarlah sedikit yang memberi harapan daripada ramai yang merugikan].
 
Dalam kemenangan Islam peristiwa Peperangan Hunaian, baginda mendapat harta rampasan perang dari puak Hawazin,  kira-kira 10 malam di Ji'ranah baginda tidak membahagikan harta tersebut pada meraka semula, kerana ingin menunggu taubat dari meraka yang menentang islam itu, pabila mereka menyesal dan mendatangi baginda, mereka memohon untuk membebaskan tawanan dan harta mereka, namun baginda memutuskan antara memilih salah satu daripada keduanya, dan kaum hawazin memilh dibebaskan tawanan meraka.

Baginda memerintahkan tentera muslimin membebaskan meraka dengan lembut dan malam itu jugalah Rasulullah berniat ihram di Ji'ranah dan mengerjakan Umrah, setelah selesai mereka pulang ke Madinah semula.

Peristiwa Kaum Ansar menangis.

Pembahagian Harta rampasan perang layak diberikan kepada umat islam yang tertindas adalah satu jalan supaya mereka kuat pegangan dengan islam ketika itu, dan Nabi telah memberi harta itu dengan banyak kepada Muallaf Makkah, untuk melembutkan hati-hati mereka terhadap perjuangan Islam, namun Kaum Ansar menjadi cemburu, mereka berkata" Semoga Allah mengampunkan RasulNya, dia memberi kepada orang-orang Quraish(Muallaf) yang masih lagi menitis darah mereka dari Pedang kita"..

Perkataan ini diketahui oleh Rasulullah, dipanggil mereka iaitu kaum ansar berkumpul di satu tempat, semuanya hadir, bangun Baginda menyampaikan ucapannya " Wahai orang-orang ansar, apa yang telah kamu katakan itu sampai ke pengetahuan ku' dan nabi meneruskan "Apakah sudah ada dalam diri kamu wahai orang Ansar sifat Cinta Dunia? Hingga kamu merasa iri hati sebab aku berlembut dengan orang-orang itu untuk mereka menganut Islam?

sedangkan kamu sudah kukuh dengan Islam mu! apakah kamu tidak rela wahai orang ansar, orang-orang itu pergi membawa kambing dan unta, tetapi kamu pulang bersama Rasulullah? Demi Allah pemergian mereka kerana Allah, sekiranya tidak ada hijrah aku adalah salah seorang dari kalangan Ansar, andainya semua manusia berjalan di satu jalan, dan orang-orang ansar berasingan di satu jalan, sudah pasti aku mengikut jalan orang Ansar(kamu semua). Kamu akan temui kemuliaan turun temurun selepas peninggalan ku, bersabarlah. Wahai Allah Rahmatilah cucu-cicit ansar

Mendengar ucapan Baginda kekasih Allah itu, mereka semua menangis sehingga basah janggut-janggut mereka, sambil menyahut " Kami Rela dengan Pembahagian Allah dan RasulNya"

Ketika ini hati saya sudah luluh menangis malah melihat inilah keturunan yang dijanjikan mulia oleh baginda iaitu kaum Ansar, memang sedikit terasa berbeza apabila berada di Makkah dan Madinah, mungkinlah perasaan saya yang memikirkan benarlah Janji baginda Kekasih Allah yang mulia itu, mudah-mudahan menjadi dikalangan manusia yang tidak jemu mengkaji sirah nabawiyyah.Allahu Rabbi.

Teman-taman juga boleh berniat umrah Miqat di Hudaibiah yang ada fadhilatnya, ia sejauh 22 kilometer dari Masjid Al-Haram, na'am sudah tentu menggamit kisah Biah Ar-Ridwan di atas khabar kematian Saidina Uthman Ibnu Affan Radhiallahu Anhu. Cuma bagi jemaah haji Malaysia secara urufnya meraka akan berniat ihram(Miqat Ihram di Yalamlam, 130 kilometer dari selatan Kota Makkah. Namun mestilah antum ingat Miqat-miqat ihram dari seluruh dunia yang juga ada tempatnya iaitu seperti  Qarn al-manazil, Dzatur irq, Juhfah, Dhulhalifah, ini penting bagi mereka mengetahui untuk memulai Niat untuk berihram.

Ziarah dulu baru Umrah.

Hafilah kami terus menuju ke Mina, iaitulah tempat berkumpulnya manusia yang mahu mengabdikan diri mereka, di sanalah Jemaah haji akan bermalam(mabitt) pada malam 9, 11,12 zul hijjah dan 13 bagi yang tidak mahu terburu-buru, mereka akan melontar bagi memenuhi pensyariatan yang ditetapkan Allah walau apa jua keadaan pun, adn akhirnya hafilah kami berhenti di Arafah yang sunyi ketika itu, kerana bukan musim Haji dan bukan waktu kemuncaknya.

Sudah tentulah yang paling di gemari teman-teman saya itu bertaswir ma'an(bergambo bersama), lagi-lagi di Jabal Rahmah itu, tak tahule, ramai benar yang bercakap soal jodoh ketika itu iya, Yallah syabab terus berdoa iye JANGAN jemu berdoa, Bidadari Surah Ar-Rahman sedang memerhati antum.

Lambaian Ka'abah.

Dalam keadaan Ihram yang agak lama itu, sangat memberikan ketidaksenangan saya dan teman-teman, patutnya kami akan Umrah dulu barulah ziarah(mudah-mudahan dijauhkan perkara larangan Ihram) namun itulah, semangat pemuda yang tak kenal erti kepayahan berjaya di teruskan, dari Jabal Thur 4 kilometer dari Masjil Al-Haram kami dapat melihat menara mencakar langit binaan Raja@Malik Abdul Aziz yang mentahdidkan ia terletak di hadapan Kaabah yang dirindui itu.

Meneruskan para musafir  itu ke funduk@hotel kami yang 500meter dari Masjid al-Haram membuatkan sentiasa kuat itu berlari-lari anak ke Masjid pabila masuk waktu, mudah-mudahan ujian sekecil itu memberi kesan yang besar untuk mencari nilai IBADAH di permulaan Bulan Rejab itu. Setiap waktu kami akan melalui kawasan Masjid Jin yang terletak di sebelah kiri pekuburan Ma'la, yang dinamakan ia kerana Rasulullahi sollallahu Alaihi Wassalam menulis surat ke Abdullah Ibn Mas'ud Radhiallahu Anhu ketika menerima rombongan Jin yang ingin bertemu dan berbai'ah dengan Baginda.Subhanallah.

Barulah kami sempat ke menziarah mencari Ibadah di perkuburan Ma'la, maka disebutkan dari penulisan saya yang pertama dulu perkuburan Ma'la adalah terletaknya Maqam Ummul Mu'minin Siti Khadijah Binti Khuwailid Radhiallahu Anha, begitu juga terdapat Sahabat, dan Tabi' tabi'iin.

Berbaki masa dan hari yang ada dapatlah saya dan teman-teman mengerjakan Umrah sebanyak dan semampu yang mungkin, mudah-mudahan ia mabrur diterima Allah, ada teman-teman khususnya golongan akhawat di bumi syam yang terhalang untuk ke Tanah Haram, yang meminta di bacakan doanya di sana, mudah-mudahan doa antunna diterima Allah, malah di makbulkan, Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam bersabda yang bermaksud: "Tiada seorang pun yang berdoa kepada Allah dengan suatu doa, kecuali dikabulkan-Nya dan dia memperoleh salah satu daripada tiga keadaan, iaitu dipercepatkan penerimaan doanya di dunia, disimpan (ditunda) untuknya sampai di akhirat atau diganti dengan mencegahnya daripada musibah (bencana) yang serupa." (Hadis riwayat at-Tabrani).

Peristiwa di Quday, membawa kesabaran para pemuda.

Hari Selasa pagi, selesai waktu Dhuha, mendapat mesej Ustaz Hussin itu, 'pastikan dalam setengah jam agi kita semua berada di hafilah iye, sebab nak ke quday melihat manazir@suasana mengambil air zamzam', katanya ringkas namun saya terus bergegas ke hafilah.

Sampai di Quday punyalah terkejut, dengan ramainya manusia, seperti waktu-waktu kemuncak tawaf je rasenye, hanya yang ada time tu ust hayyi, u.sharif, u.afifi, u.naja, u.farid mutazawwij, u.hussin, u.zul, u.sobri. tak semua kami berada di quday ketika itu. Pada asalnya memang target melihat sahaja namun kewajiban mengisi tong-tong kosong dalam hafilah terpaksa di ganti kami, pihak penganjur tiada tenaga pekerja bagi melawan arus manusia yang pelbagai itu, demi mendapatkan air yang bernilai itu.

Air zamzam berasal dari mata air syurga, yang merupakan pemberian Allah berkat dikabulkan doa Nabi Ibrahim Alaihis Salam, menjadi faktor penentu kehidupan dan perkembangan Makkah, ia berada di tempat paling suci di muka bumi ini, air yang digunakan bagi mencuci hati Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam, dan ada sejak 5000 tahun lalu. subhanallah.

Alhamdulillah walaupun begitu, teman-teman saya nampaknya begitu sangat sabar melakukan pengisian ma'ul zamzam walaupun terpaksa berbaris sepanjang 50meter, mabruk alaikumm.

Tawaf Wida' mengakhiri kisah ibrah itu.

Allah Berfirman, 'Dan (ingatlah), ketika kami menjadikan rumah itu(Baitullah) tempat berkumpul bagi manusia dan tempat yang aman. Dan telah jadikanlah sebahagian Maqam Ibrahim tempat Solat. Dan  telah kami perintahkan kepada Ibrahim dan Ismail: 'Bersihkanlah rumah-ku untuk orang-orang tawaf, yang i'tikaf, yang ruku' dan yang sujud'.(Al-Baqarah:125).

Alhamdulillah tawaf selamat tinggal dapat saya dan teman-teman lakukan, sesungguhnya sangat malu berada di depan Kaabah yang Mulia, entah berjuta macam-macam manusia menjadi tetamunya, saya antaranya, maka ada yang menjadi tetamunya dalam keadaan baik dan niat mulia namun pulang ke Tanah Airnya kembali ia kapada Kezaliman, ada yang terlalu jahat di dunianya, namun setelah menjadi Tetamu Tawaf di depan kelambu kiswah, Hajarul Aswad, Hijir Ismail, Rukun Yamani, Maqam Ibrahim, mereka menjadi manusia yang berfikir malah dicintai dan dikasihi oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala..Mudah-mudahan kita tergolong di dalam kalangan mereka.Allahumma amin.

Alhamdulillah Solat isya' terakhir dapat saya lakukan di depan Multazam, sejajar dengan bab at-taubat(sebuah pintu di dalam kaabah) dan berhampiran Hijir Ismail, isya' itu penuh semangat bagi penuntut ilmu yang lemah seperti diri ini, suara Imam Muda Sheikh Mahir al-Muaiqely menaungi batasan tanah haram ketika itu, suaranya merdu dengan surah al-fatihah(tekan ini)dan diselangi surah al-hajj, selesai solat antara doa saya ungkapkan agar 'Manusia zalim di atas muka bumi ini diberikan pengajaran kerana kezalimannya membuatkan manusia lain tidak merasai nikmat keadilan di muka bumi Allah', semoga Allah Yang Maha Pemberi memberi pemakbulan.

Malam itu kami tinggalkan Makkah yang barakah dengan tenang, dan terus menjadi Syabab yang kental kembali ke Bumi gersang Syam-Mu'tah. Mudah-mudahan tergolong manusia yang sentiasa merindui dua tanah haram lagi.

Berikut para ustaz yang mahu melakukan niat umrah
di Bir Ali Madinah terus menuju ke Makkah Al-Mukarramah.
Berikut Manaziir di Jabal Nur yang terletaknya 
gua Hira'. ketinggiannya 280 meter.
Berikut Manaziir di Jabal Rahmah,
kebanyakkan teman-teman yang belum mutazawwij
akan berdoa dengan doa yang sama.Subhanallah.
Berikut di Jami@Masjid Jin, peristiwa golongan
Jin yang berbai'ah dengan Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam,
Berikut perkuburan Ma'ala dan Maqam Saidatina
Khadijah Binti khuwailid-zaujah Baginda Rasulullah yang di sayangi,
dan menjadi Ummul Mu'minin.
Berikut Manazir di petang hari di hadapan Bab Malik
Abdul Aziz As-saudi.
Berikut al-bina' funduk(bangunan hotel), funduk hilton, dan yang tertinggi
dimiliki Malik Abdul Aziz  As-saudi-berhadapan pintu Masjid al-haram.
Gambar1-Peristiwa beratur ratusan panjang demi mencari Nilai 
Ibadah.
Gambar 2-Kelihatan teman saya Ustaz F.Hayyi mengepalai
sesi men'topup' al-ma'ul zamzam' tengahari itu.
Gambar 3-Kelihatan Ustaz Hussin, Ketua Syabab Mu'tah
masuk ke dalam pusingan demi Ibadahnya, mudah2an 
diberikan sakinah penuh kesabaran ya akh..
Gambar 4-Kelihatan teman sy itu ustaz naja, diminta 
picturenya di snap, katanya agar menjadi lipatan sejarah silam.Mabruk
Gambar 5-Aiiwah, bila beratur panjang sudah pasti ada manusia
tidak bersabar maka seorang ibn algeria bercakap lembut
dengan Polis Makkah demi mahu tempat di hadapan.
Gambar 6-Seperti masuk ke dalam tempat tahanan guantanamo
namun akhirnya-Lihat gambaran di bawah ini.
Gambar 7-Alfun mabruk teman-teman, akhirnya 
dapat mengambil Ma'ul zamzam untuk keperluan 
Penuntut ilmu di Mu'tah.Mencari barakah.
Berikut dua org ustaz bertaswir di depan
rukun yamani.
Aiiwah Berikut 4 orang ustaz dari Jordan, mengambil ibrah sejarah
Makkah Al-Mukarramah.
Berikut di depan Bab Umrah-Jemaah Umrah sedang istirehat
sebelum memulakan lagi tawaf.Usah jemu bertawaf demi 
mencari fadilat yang besar.
Berikut Maqam ibrahim Allah Berfirman'Sesungguhnya rumah yang
mula-mula dibangun untuk manusia(tempat beribadah) manusia,
ialah Baitullah di Bakkah(Makkah)yang diberkahi dan menjadi
petunjuk bagi semua manusia.Padanya terdapat tanda-tanda yang
nyata',(diantaranya maqam Ibrahim)-Al-Imran;96-97.
Berikut antara ratusan funduk sekitar Masjid Al-Haram
dan antara yang saya minati untuk menginap.Alhamdulillah.

1 komenan:

mawarberduri berkata...

sgguh2 ana cemburu. ht jd cemburu bukan kepalang. Allahuakbar.

syukran atas perkongsianY ustaz. jazakallah.

alhamdulillah.

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang