Menyusuri lembah-lembah genting di Mu'tah pemuda medan ini bagaikan makin teguh melaluinya, kiri dan kanan hanyalah batu-batuan lama terdapat gunung-ganang serta banjaran memberi gambaran ketika utusan Rasulullahi Sollallahu alaihi Wassalam yang bernama Al-Harist Ibn Umair seorang utusan baginda di hantar ke Syam bagi menyebarkan dakwah islamiah tetapi utusan ini dibunuh akhirnya. Maka mengakibatkan sahabat-sahabat hebat seperti Abdullah bin Rawahah, Ja'afar bin Abi Talib, Zaid bin Harishah, mendapat syahid, tersemadi disini.
Alhamdulillah permulaan perjalanan yang baik dirasai saya dan teman-teman yang dhoif lagi hina ini, na'am itulah permulaan perjalanan kami ke dua tanah haram yang dilindungi Allah Ta'ala hatta ke yaumul qiamah, kami sampai di pekan peperangan tabuk, diteruskan ke Madinah Al-Munawwarah(kota yang disinari) dengan niat hamba-hamba yang mahu mengaku menjadi a'bid ila allah..subhanallah.
Sampai di Madinah 40 orang syabab itu terasa syahdu, terik mentari 40 darjah celcius soifi(musim panas) menanti kami, alhamdulillah semua mantap, masih tiada yang demam kepanasan maka tidak boleh tidak, kesemua kami boleh melakukan sujud syukur dan bersolat jumaat di Masjid punyai Raudhah yang terdapat jasad mulia kekasih Allah Subhanahu Wa Ta'ala itu.
Alhamdulillah kami pergi bukan seperti jemaah haji dan umrah yang lain, mereka pergi kebanyakkannya dengan menaiki kapal terbang, namun jemaah kami dengan bas selama 22 jam dari syam ke madinah dan makkah yang memberi istifadah@pengajaran yang baik, Maha suci Allah, Baitullah yang di rakamkan di Al-qur'an itu akhirnya dapat di jejaki oleh kaki-kaki hamba yang hina penuntut ilmu ini, mudah-mudahan Allah memberi kami kefahaman dalam mengutip mutiara ilmu.
Di madinah al-munawwarah.
Ustaz Hussin, Biro Bimbingan Ruhhani Mahasiswa Islam Mu'tah yang mengepalai kami itu, stil aktif memberi penerangan serta pengisian setiap detik masa ke Tanah Haram, sesuailah dengan titlenya pemegang baklorius Fiqh wa Usul itu, beliau pun belum berumah tangga tu, sesungguhnya syabab medan ini sangat hebat malah sentiasa berlumba-lumba memberi sesuatu untuk syiar islam, kalau setakat bermunaqosah mahupun berjadal dengan orang arab, perkara senang saja, begitulah suasana penuntut Negara Jazirah arab ini.
Jam 10 pagi jumaat, dapat kami berhimpun di funduk@hotel yang namanya Wardat Al-abrar hotel, pemiliknya memang sohih boleh berbahasa melayu, tensen jugak..ingatkan nak practic bahasa ammiah jordan, belum pun sempat arab madinah kebanyakkan deme sudah pandai berbahasa melayu, teman saya ustaz taufiq al-dimasyi itu bagitahu, deme ni memang di trend begitu sebab 10-20 peratus pengunjung sekitar Madinah adalah orang malaysia, mabruk.
Teman-teman, ingatlah salah satu sunnatullah di alam ini adalah diistimewakannya sebagai makhluk ciptaannya, tempat dan masa, na'am Allah memberikan keistimewaan pada beberapa Masjid, dan memberinya sebuah penghormatan dan keagungan yang khusus. Allah merakamkan firmannya di kitabul kiram al-qur'an dalam surah at-taubah:18 (yang akan meramaikan masjid-masjid Allah, hanyalah ornag-orang yang beriman kepada Allah dan kepada hari kemudian..) Dan semua ma'aruf(sudah tahu) ketiga-tiga masjid(masjid nabawi, masjid al-haram, masjid al-aqsa) inilah yang dimuliakan oleh Allah subhanahu wa ta'ala.
Keutamaan Masjid Nabawi As-Syariff.
Sepanjang pemerintahan Islam, masjid ini mendapat banyak perubahan sehingga ke hari ini, namun kesuciannya dipelihara oleh Allah subhanahu wa ta'ala, Zaman Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam Masjid Nabawi menjadi pusat pemerintahan, tempat melakukan strategi peperangan, menjadi pertemuan majlis syura yang dianggotai para sahabat radhiyallahu anhum ajma'iin dan memutuskan khalifah setiap mantiqah@daerah, malah baginda sentiasa menekankan siyasah@politik didalam masjid mulia ini, Maka pelik terdapat umat hari ini memisahkan politik dari dalam masjid, padahal dengannyalah pemerintahan islam dapat dijalankan dengan seadilnya..maka jom muhasabah[Supaya bermuhasabah bernilai Ibadah].
Alhamdulillah kelibat teman-teman saya pabila ditanya, semuanya dapat ke Raudhah min Riyaddul Jannah (yang terletak maqam baginda kekasih allah, saidina abu bakar as-siddiq, dan umar radhiallahu anhuma),
Hayakallah, saya dan teman rapat saya yang sama beruzlah iaitu sedara ustad taufiq ad-dimasyi juga pakar masak di Mu'tah, kami bersama menuju ke masjid seawal jam 2 malam, pengalaman itu sangat dahsyat dan memberi keyakinan pada seorang pemuda, maka benarlah firman Allah dalam surah at-taubah ayat ke 9 itu("sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar TAQWA, sejak hari pertamanya adalah lebih patut kamu solat di dalamnya. Di dalamnya ada orang-orangyang ingin membersihan diri. Dan Allah menyukai orang-orang yang bersih").
Mudah-mudahan Allah memberi perlindungan terhadap Masjid nabi yang mulia itu dan mereka yang solat di dalamnya.
صلاة في مسجدي هذا أفضل من ألف صلاة فيما سواه
إلا المسجد الحرام
"Solat di masjidku ini lebih utama dari seribu kali solat di masjid lain, kecuali Masjidil Haram"
muttafaqun alahi, dalam kitab sohih imam muslim, kitab al-hajj(15:1395) dan sohih imam al-bukhari(20:1190).
Rindu bau Raudhah Min Riyaddul Jannah.
Na'am sehinggakan saya terlentuk asyik dengan mengingati allah kerana diri yang lemah ketika usia mudanya, dari kesamaran di maqam junjungan besar Muhammad Rasulullahi Sollallahu alaihi Wassalam ku renungi tiang-tiang dalam Raudhah satu-persatu, ke semua itu ada nilainya malah menjadi lipatan sejarah bagi kaum yang berfikir, satu-satu saya lihat antaranya, Mimbar Rasulullahi Sollallahu alaihi Wassalam, tiang mukhollaqah, tiang saidatina Aishah Radhiallahu Anha, tiang abu lababah, tiang sarirr(tempat tidur baginda), tiang haras(tempat penjagaan baginda ketikanya dirinya sedang sakit), dan tiang wufud.
Rasulullahi Sollallahu alaihi Wassalam bersabda;
"Di antara rumah dan mimbarku adalah taman dari taman-taman syurga,dan mimbarku di atas telagaku"- sohih muslim kitab fadhail al-madinah,(29:1888). wa sohih muslim kitab al-hajj, bab ma baina al-Qubr wa al-mimbar raudhah(15:1391), wa al-muwattha imam malik, kitab al-kiblat, ma ja'a fi masjid al-nabi sollallahu alaihi wassalam,(14:10).
3 hari masuk ke Raudhah, rupanya saya sudah dapat tempias cinta kemanisan keharuman setiap bab(pintu-pintu) yang mengasyikkan itu, dicanai pula dengan kuliah-kuliah talaqqi pelajar-pelajar Madinah juga dilihat di setiap sudut masjid mulia itu, setelah selesai solat fardhu bersama masyeikh di sana, tenang sungguh metefora ini, walaupun terdapat puluhan pintu lama dan baru, saya lebih minat memasuki masjid as-shariff melalui bab ar-rahmah, bab jibril, bab as-salam, bab an-nisa..
Allahurabbi setiap kali melalui bab jibril, pasti saya melalui rumah saidatina fatimah dan aishah radhiallahu anhuma, ia terletak di bahagian timur masjid nabi, yang dahulu di namakan bab nabi kerana baginda sering masuk melaluinya,
Satu riwayat dari Aishah Radhiallahu Anha, beliau berkata" ketika nabi sollallahu alaihi wassalam pulang dari peperangan khandaq, dan meletakkan senjata kemudian menyucikan dirinya, Jibril Alaihi salam datang dan berkata, Engkau meletakkan senjata? demi Allah kita belum boleh meletakkannya, pergilah menuju mereka, nabi berkata kemanakah? Jibril alaihi salam menjawab "ke sini"(menunjuk ke arah bani quroizhoh-yahudi di madinah), maka tercetuslah peperangan bani quraizhoh sehingga tentera islam mengepung mereka selama 25 hari, dan islam mendapat kemenangan.
Begitulah indahnya mengambil ibrah di Madinah as-shariff, bahkan pabila keluar masjid menuju funduk@hotel pengunjung masjid nabi sentiasa melalui rumah-rumah para sahabat ajmain di disebelah selatan qiblat antaranya bait abu ayub al-ansari, haritshah ibn nu'man al-ansari, sa'ad bin abi waqas, amir bin abdullah, ja'afar bin abi tholib, abbas abdul muthalib dan rumah keluarga umar al-khattab.
Peristiwa di depan pintu malik fahd abdul aziz as-saudi.
Seorang pakcik berumur linkungan 60an, termanggu sendiri, temannya memanggil saya, anak tahu ke macam mana hendak tolong pakcik ni balik hotel?saya yang dalam perjalanan pulang sambil menunggu ustad topik yang berurusan di hamam@bilik air bawah tanah masjid nabawi, Allah memberi saya merasa kesian, subhanallah, namun masalah akan timbul di waktu pagi dhuha, selesai pulang dari Raudhah itu.
Dan Henfon berbunyi menunjukkan mesej masuk dari ustad husin al-malizi itu, menyuruh pulang awal ke hotel kerana rombongan akan ke Jabal Uhud dan Jabal Rumat, diminta saya memberi penerangan tentangnya.
Tidak sama sekali, mesti bantu pakcik sulaiman yang berkaki ayam dari kuantan ini pulang ke hotelnya, pakcik ada ingat nama hotel penginapannya?takde nak, hmm nama mutawif travelnya siapa ya?pun tak camlah nak, sebab orang2nya berbeza-beza, macam mana ni, ingat tak dari pintu apa pakcik masuk ke dalam masjid tadi? dia menggelengkan kepalanya sambil berfikir senyap, hampir 5 minit saya berfikir kaedah seterusnya.
Allah Yang Maha Pemberi, memberi ruangan untuk menyelesaikan perkara kecil tetapi memerlukan kesabaran itu, ternampak kad dipakai pakcik sulaiman yang bernombor arab menunjukkan talian mutawif wakil di arab saudi, lalu ku dail no itu, alhamdulillah di angkat dan en.muhammad menjawabnya, ni ada seorang pakcik dari travel encik ni dia tak jumpa jalan pulang ke funduknya, boleh bagitau ana apa nama hotelnya?iya sila ke hotel sai'bah taibah, jawapnya ringkas sambil mengatakan, asiff ana di hospital la ni menguruskan jemaah umrah yang sakit, terima kasih pada encik membantu para jemaah ana ya. la ba'sa bih ma fi muskilah.
Saya bersama pakcik sulaiman menyusuri ratusan manusia mencari hotel sai'bah taibah, dalam setengah jam dapat ditemui hotel itu, itu pun setelah bertanya pekerja arab madinah dengan bahasa ammi jordannya"wenn al-funduk sa'ibah taibah ya arabi?aiiwah ta'al hunak, suff hunak al-bina' muqabil hai funduk wa enta ala tull, bitt ruhh ala yamin masyii..masyii ya ammu, sukron.
Alhamdulillah akhirnya niat yang ikhlas itu dimudahkan ditemukan funduk saibah taibah berhadapan bab as-salam lebih kurang 250 meter dari masjid, tiba-tiba pakcik sulaiman memeluk saya erat-erat katanya taktau nak cakap camna lagi, diberinya saya wangnya, katanya belanja belajar, saya menolak dan menepis lagi pakcik sulaiman, cuma saya peringatkan sentiasa membawa selipar pabila masuk ke masjid jangan tinggal diluar masjid yang seluas 156.576ribu meter persegi itu, dalam satu-satu waktu solat boleh menampung 430 Ribu manusia untuk solat berjemaah di dalam masjid, dan belum di halaman luar masjidnya.
Saya mengambil ibrah lagi, bagaimana Orang Muda di tanah air yang sudah berkemampuan tidak mahu ke madinah yang barakah sedangkan lebih ramai yang sudah meniti usia tua ke sana menghadapi lautan manusia jutaan itu, terutama yang bernama Wanita, mereka sangat sukar dalam suasana menjaga kebersihan seperti bebas dari haid dan perkara2 aurat terutamanya, ramai makcik-makcik terkeliru pintu mana untuk muslimat menunaikan solat, saya memberi jawapannya, nah gunakan pintu ini iye"13,14,15,16,17,23,24,25,26,28,29 dan 30" Ingat iye..mudah2an mencari bab@pintu bernilai Ibadah.
Saqifah Bani Sa'idah memujuk diri bersifat sabar dalam menuntut ilmu.
Ia adalah tempat para penduduk kaum ansar, iaitu Bani Sa'idah yang sabar menghadapi ujian dan mereka antara yang menerima kaum muhajirin yang datang berhijrah ke madinah al-munawwarah, sehinggakan sanggup menawarkan harta-harta demi saudara seislam mereka.
Walaupun saya tidak berkempatan ke Muktamar 56 di Putik Kelantan baru-baru ini, namun terasa terubat juga malah bersemangat berada dekat Saqifah Bani Sa'idah yang menjadi tempat Muktamar Islam pertama setelah wafatnya Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam, dan dalam Muktamar itu Abu Bakar As-Siddiq dibai'ah menggantikan Rasulullahi Sollallahu alaihi Wassalam menjadi khalifah yang pertama dunia Islam.
Satu petang di perkuburan Baqi' al-gharqad.
Dinamakan ia adalah dari sebuah tempat yang punyai akar pelbagai pepohonan, dan gharqad jenis pohon yang banyak tumbuh di di baqi'..ala kulli hal Baqi' adalah nama sebuah perkuburan khusus di madinah, terletak berdepan dengan bab as-salam, sekitar 10 ribu sahabat, tabi' tabi'in dan ahli keluarga baginda dimaqamkan di sana, antara meraka yang paling dikenali dalam sirah islam iaitu, saidina uthman ibn affan, anak-anak nabi, para isterinya kecuali siti khadijah dan maimunah radhiallahu anhuma dimaqamkan di makkah, sahabat seperti saad bin abi waqas, abu said al-khudri, abdurrahman ibn auf, abdullah ibn mas'ud, sa'ad bin muadz radhiallahu anhum.
Mudah2an ziarah petang itu memberi erti pada diri yang lemah ini, dan pastinya ada ibrah tersendiri buat manusia yang mahu berfikir, kalaulah kita tahu keistemewaan baqi' ini mesti ramai yang berniat malah berdoa di berikan kesempatan ke sana iye, dalam sejarahnya Rasulullahi Sollallahu alaihi Wassalam ziarah di baqi' dan beristiqfar untuk para penghuninya, nabi juga memberikan syafaat bagi sesiapa yang meninggal di madinah dan dikuburkan disana, namun bagi umat islam sentiasalah berdoa dalam kesudahan yang baik,ihtimam haza muhhim jiddan.
Dari Aishah Radhiallahu Anha berkata, bahawasanya setiap malam giliran aishah, nabi keluar pada akhir malam menuju Baqi' dan berkata"keselamatan atas kalian, wahai para penghuni baqi', akan datang kepada kalian apa yang telah dijanjikan, dan esok kami akan menyusul kalian, Ya Allah, ampuni para penghuni Baqi' al-Gharqad ini"
Dari abdillah bin umar radhiallahu anhu bahawasanya nabi sollallahu alaihi wassalam bersabda'Bagi sesiapa yang dapat meninggal di Madinah, maka lakukanlah, sesungguhnya aku memberi syafaat bagi mereka yang meninggal di Madinah,(hadis sohih).
Penutup.
Walaupun kesempatan 4o waktu tidak dapat disempurnakan saya dan teman-teman namun bersyukur ziarah kami mencapai target, insya'allah musim haji menanti bila-bila masa pula,
Imam ahmad meriwayatkan dari Anas bin Malik Radhiallahu anhu bahawasanya Rasulullahi Sollallahu alaihi Wassalam bersabda"Barang siapa solat di masjidku sebanyak 40 waktu solat, tidak terlepas pun walau satu solat, niscaya dia akan terbebas dari api neraka"
walaupun ia fadilat yang cukup besar namun itu sebagai inzar dan tanzih bagi menyucikan diri mereka, alangkah sukarnya bagi manusia biasa boleh istiqomah berjemaah bersama imam di masjid, kerana itulah hikmahnya agar sekembali dari Madinah mereka boleh meneruskan solat yang diiringi pahala lebih besar dari sendirian itu..lalu apakah hikmahnya lagi,
Para ulama mengatakan anjuran solat di Masjid Nabawi As-Shariff yang disabdakan nabi itu, untuk membiasakan seseorang supaya dengan amal jemaah ini sentiasa berterusan, malah jika setiap waktu dilakukan ia dapat memerhati ibadah solat yang menjadi imad(tiang) agama, dengan penuh khusyu'
Solat berjemaah menjadi perkara biasa padanya, hatinya lega jika selalu ke Masjid seluruh solatnya dilakukan dengan penuh semangat, hingga akhirnya ia tidak akan sesekali meninggalkan Jemaah kecuali hal yang terhalang, gelisahnya terubat pabila ke masjid, mudah2an kita berada dalam golongan itu.(supaya gelisah bernilai Ibadah).
Solat berjemaah menjadi perkara biasa padanya, hatinya lega jika selalu ke Masjid seluruh solatnya dilakukan dengan penuh semangat, hingga akhirnya ia tidak akan sesekali meninggalkan Jemaah kecuali hal yang terhalang, gelisahnya terubat pabila ke masjid, mudah2an kita berada dalam golongan itu.(supaya gelisah bernilai Ibadah).
Jom melihat hasil kerja di Madinah..[Rindu Bau Al-Haramain-Dua tanah haram].
Berikut permulaan perjalanan dari mantiqah mazar mu'tah
ke Madinah Al-Munawwarah selama 22 jam. Pepohonan Tin dan Zaitun
menemani kami dalam keadaan musafir itu,
menemani kami dalam keadaan musafir itu,
Mu'tah-Tabuk-Madinah..memberi istifadah tersendiri.
Berikut gambaran dalam perhentian 2 jam di pekan tabuk,
sudah tentu fitrah manusia adalah lapar, sukron pada
ahli bayt saya u.lutfi hafifi japili kerna menyediakan
ayam masak merah yang menjadi rebutan syabab mu'tah.
Berikut seorang ust telah bergambar di depan hafilah|utubiis
yang tabah membawa kami menempuh perjalanan panjang
ini, mudah-mudahan perjalanan bernilai IBADAH.
Berikut senyuman paling manis al-fadhil ust f.hayyi, u.penulis,
dua ust dibelakang ust raja n ust khairul
dari Kusza-Unisza..mantaplah ziarah kali ini.
Berikut kesan kemantapan tadi memperlihatkan kepenatan
setelah menghadam rukun umrah sekali gus perkara larangan
ihram dan larangan di tanah haramain.
Berikut seorang penulis bergambar di depan suuq sebuah mantiqah
di bandar madinah as-shariff.
Berikut adalah seusai solat jumaat di masjid nabi alhamdulilah, abu said al-khudri
meriwayatkan" aku datang kpd baginda ketika berada
di salah sebuah rumah isterinya, dan aku katakan"wahai Rasulullah
masjid manakah yang dibangunkan atas dasar Taqwa?Baginda berkata
lalu mengambil segenggam kerikil kemudian memukulnya ke tanah,
lalu berkata"iaitu masjid kalian"(masjid madinah)-riwayat imam muslim.
Berikut setelah menziarah maqam Rasulullahi Sollallahu alahi Wassalam
melalui bab as-salam(pintu kesejahteraan), mudah-mudahan Allah
memberikan kami sakinah..allahumma amin.
Berikut laluan yang sering padat dikunjungi jutaan manusia,
ingin ke Raudhah As-Sharifah.
Aiiwah berikut ust taufik ad-dimasyi menemani saya
tabdil an-nukud(menukar wang).
alhamdulillah 1Jordan=5.20Riyal saudi..kire kaya ke
camne.
Berikut mimbar Rasulullahi Sollallahu alaihi Wassalam,
Abu hurairah Radhiallahu anhu meriwayatkan"antara
rumah dan mimbarku adalah Raudhah(taman) dari taman-taman
syurga, dan mimbarku berada di atas telagaku"
Na'am sudah tentu yang membezakan Raudhah adalah karpetnya
yang colour hijau itulah tahdid(tanda)di dalam Raudhah as-syarifah.
Berikut kelihatan tiang Mahras di sebelah maqam baginda sollallahu
alaihi wassalam, dinamakan ia kerana di tempat ini ketika menjaga
Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam.
Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam.
Berikut kelihatan tiang sarir(tertulis hazihi ustuwwanah as-sarir,
dinamakan ia kerana tempat baginda beri'tikaf,
tiang dan tempat ini juga berhampiran dengan hujrah@bilik
saidatina aishah radhiallahu anha.
Berikut saya sangat ta'ajub dengan jemaah dari Malaysia,
deme yang tak dapat masuk ke Raudhah cukuplah hanya
memohon doa di hadapan maqam nabi, berhampiran
dengan rumah abu ayub al-ansori radhiallahu anhu.
Berikut suatu petang di perkuburan Baqi' Al-Gharqad,
10 ribu tabi' tabi'in termasuk ahli bait dan sahabat
Baginda sollallahu alaihi wassalam di kuburkan di sini.
Berikut dihadapan halaman Baqi' al-Gharqad,
sesungguhnya nabi mendoakan kesejahteraan
dan memberi syafaat bagi penghuni baqi' al-gharqad.
Berikut pengunjung yang kejutaan kalinya menziarah
baqi' al-gharqad, supaya mengambil ibrah sirah nabawiyyah.
Berikut sepetang singgah di Jami' Quba' sabda nabi,
"Barang siapa telah bersuci(berwudhu') di rumahnya, kemudian
mendatangi masjid Quba' lalu solat di dalamnya dua rakaat, maka
baginya sama dengan pahala Umrah(Sunan Ibn Majah:No 1412)
Aiwah berikut ,bukan pokok kelapa sawit di felda Jengka tu, inilah
Ladang kurma berhampiran Masjid Quba'. Beliau sedang
mengadakan muzhoharat(demonstrasi mengambil kurma).
Na'am ammu sangat relexs malah sentiasa aktif memberi kami
kurma nabi,
من تصبح سبع تمرات عجوة لم يضره في ذلك اليوم سم ولا سحر
"Barangsiapa di waktu pagi makan 7 butir kurma ajwah pada
hari itu ia tidak akan terkena racun mahupun penyakit sihir"
(sohih imam bukhari:7569).
Berikut teman2 pemuda ghazwah Mu'tah, sila ke bait deme
bagi mendapatkan tamar ajwah berharga sekil0=RS80..
Subhanallah..
Aiiwah, berikut adalah teman saya itu selaku pakar masak di mu'tah
peminat rancangan arab fatafeet(rancangan masakan), bersama
ammu yang menunjukkan muzhoharat tadi.
Berikut ma'ul zamzam sebelum di tauzi'kan(dibahagikan)
ke kawasan dalam Masjid nabi.
Berikut setiap masa berlaku penghantaran air zamzam bagi menampung
400 ribu manusia dalam satu2 masa di dalam masjid terutama
musim haji dan ramadhan.
Berikut Bab-Jibril(pintu jibril)-Jibril Alaihis Salam pernah menyampaikan
wahyu melalui bab ini, saya kelihatan sangat tenang melaluinya
disamping pintu-pintu yang lain.subhanallah.
Berikut di luar halaman masjid, manusia luar Madinah
banyak berniaga demi kehidupan mereka,
[Kehidupan-USAH jemu memberi].
Masjid Nabawi As-shariff
صلاة في مسجدي هذا أفضل من ألف صلاة فيما سواه
إلا المسجد الحرام
"solat di masjidku ini lebih utama dari seribu kali solat di
masjid lain, kecuali masjidil haram"(muttafaqqun alaihi).
0 komenan:
Catat Ulasan