12 Mei 2010

Ummu Rauman juga Bidadari Syurga


Mereka itulah dari golongan yang sangat tabah, menghadapi pelbagai mehnah, ujian dalam kehidupannya sesuailah dengan Allah Subhanahu Wa Ta'ala Yang Maha Pencipta, menciptakan golongan kuat naluri ini dari rusuk seorang lelaki seperti Nabi Alaihi Salam dan Siti Hawa, supaya membantu sebahagian daripadanya malah bukanlah darjatnya yang rendah dan lemah, Naam itulah seorang yang namanya An'nisa@Perempuan maka bersyukurlah dan pastinya sikap Wanita yang beriman hari ini dengan mengambil ibrah kisah-kisah Perjuangan dan Pergorbanan Wanita terdahulu supaya diadaptasikan dalam kehidupan masa kini, sentiasa koreksi atau muhasabah iye, Jom baca kisah Muslimah Pembangun UMMAH ini.

NAMA sebenar Ummu Rauman ialah Zainab Binti Amir bin Uwaimir. Dia berkahwin dengan Abdullah bin al-Haris al-Uzdzi. Suaminya merupakan kawan baik dengan Abu Bakar as-Siddiq. Sifat-sifat baik yang ada pada Abu Bakar terpancar pada sikap dan tingkah laku suami Ummu Rauman.


Ummu Rauman dan suaminya tinggal di kota Makkah. Mereka mendapat seorang anak yang diberi nama ath-Thufail. Selepas beberapa lama tinggal di Makkah, suaminya meninggal dunia.

Kematian Abdullah sangat menyedihkan Ummu Rauman. Bagi Ummu Rauman, kematian suaminya adalah satu ujian baginya. Selepas beberapa lama kemudian, kesedihan Ummu Rauman terubat apabila dia dilamar oleh Abu Bakar as-Siddiq.

"Beruntung benar Ummu Rauman. Dia dilamar oleh Abu Bakar. Abu Bakar seorang lelaki yang baik. Dia sering membantu orang yang susah, menghormati tetamu, suka menyambung tali silaturrahim dan suka menegakkan kebenaran," kata seorang perempuan di Makkah ketika itu.

Perkahwinan Ummu Rauman melahirkan dua orang anak yang bernama Abdurrahman dan Aisyah Radhiallahu anha. Ummu Rauman seorang wanita yang baik budi pekertinya.

Nabi Muhammad Sollallahu Alahi Wassalam sangat menghormati keluarga Ummu Rauman dan Abu Bakar sehingga beliau mengambil keputusan untuk melamar anak perempuan mereka iaitu Aisyah binti Abu Bakar.

Nabi Muhammad Sollallahu Alahi Wassalam mengutuskan Khaulah binti Hakim pergi melamar Aisyah. Khaulah berkata kepada Ummu Rauman, "Wahai Ummu Rauman, Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam ingin melamar Aisyah."

"Benarkah?" tanya Ummu Rauman tidak percaya.

Khaulah tersenyum sambil berkata: "Ya. Nabi Muhammad telah menyebut nama Aisyah sebagai calon isterinya. Selepas kematian Siti Khadijah, Nabi Muhammad sering bersedih. Lamaran terhadap Aisyah merupakan satu keputusan yang telah dibuatnya."

"Saya perlu sampaikan berita ini kepada Abu Bakar terlebih dahulu," kata Ummu Rauman seperti tidak sabar-sabar menanti kepulangan suaminya.

Berjaya melamar Aisyah

Apabila Abu Bakar pulang ke rumah, Ummu Rauman pun menceritakan kisah yang berlaku tadi. Abu Bakar mendengar berita lamaran Nabi Muhammad dengan perasaan serba salah.



Abu Bakar pun berkata kepada isterinya: "Aisyah telah dilamar oleh Muth'im bin Adiy untuk anak lelakinya. Saya tidak boleh mungkir janji."

Ummu Rauman terdiam seketika. Dia juga memikirkan bahawa janji yang telah dibuat oleh suaminya patut ditunaikan.

Sebentar kemudian Abu Bakar berkata lagi: "Jika begitu saya perlu berjumpa dengan Muth'im terlebih dahulu. Saya perlu dapatkan keputusan sama ada mereka benar-benar inginkan Aisyah menjadi menantu mereka."

"Saya berpendapat cara itu adalah yang terbaik buat kita," kata Ummu Rauman pula.

Abu Bakar pergi berjumpa Muth'im. Isteri Muth'im turut berada di rumahnya. Abu Bakar pun bertanya: "Jadikah awak mengambil Aisyah sebagai menantu awak?"



Muth'im mendengar pertanyaan Abu Bakar lalu bertanya kepada isterinya: "Awak setujukah untuk menikahkan anak kita dengan Aisyah?"

Isteri Muth'im pun memberitahu Abu Bakar: "Sekiranya anak saya berkahwin dengan Aisyah sudah tentu anak saya akan masuk Islam."

Muth'im dan keluarganya belum memeluk agama Islam. Perkara itu membimbangkan Muth'im dan isterinya.

"Beginilah Abu Bakar, saya dan isteri sudah sepakat tidak jadi menikahkan anak kami dengan puteri awak. Maafkan kami," jelas Muth'im kepada Abu Bakar.

"Jika itu keputusan awak, saya menerimanya dengan hati yang terbuka," balas Abu Bakar pula.

Abu Bakar pulang ke rumah. Di rumahnya, Ummu Rauman sedang menanti kepulangan suaminya itu.

"Bagaimana? Jadikah mereka mengambil Aisyah sebagai menantu," tanya Ummu Rauman tidak sabar-sabar menantikan jawapan dari suaminya.

Abu Bakar menjawab dengan tenang: "Mereka tidak sanggup mengahwinkan anak lelaki mereka dengan Aisyah kerana mereka tidak mahu anaknya memeluk agama Islam."

"Syukur, dapatlah Aisyah berkahwin dengan Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam," bisik Ummu Rauman sendirian.



Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wssalam berjaya melamar Aisyah. Pada tahun 2 Hijrah Nabi Muhammad  Sollallahu Alahi Wassalam berkahwin dengan Siti Aisyah. Perkahwinan mereka disambut dengan gembira.

Ummu Rauman seorang ibu yang baik. Dia banyak membantu Nabi Muhammad Sollallahu Alahi Wassalam dalam usaha menyebarkan agama Islam. Nabi Muhammad Sollallahu Alahi Wassalam juga sangat menghormati ibu mertuanya.

Ummu Rauman meninggal dunia pada tahun 6 Hijrah. Semasa Ummu Rauman meninggal dunia, Nabi Muhammad Sollallahu Alahi Wassalam berdoa supaya Allah mengampuni segala dosa Ummu Rauman.

Nabi Muhammad Sollallahu Alahi Wassalam juga pernah berkata: "Sesiapa yang ingin melihat wanita Bidadari dari Syurga, maka lihat Ummu Rauman."

Penutup; Untuk para wanita yang tidak pernah kenal erti penat lelah, ketahuilah pahala berlipat ganda bakal diperolehi, juga buat yang para muslimah yang bertungkus lumus membantu para suami dalam perjuangan adalah seorang MUSLIMAH yang membangunkan UMMAH.

[Supaya Gelisah Bernilai Ibadah].

2 komenan:

Ukhtie Rashidah berkata...

Salam ziarah...tersentuhnya rasa hati...hampir terlupa sejarah bonda Saidatina 'Aisyah.Syukran.Barakallahu fik.

ibn suhaimi™ berkata...

Barakallah ya ukhti rashidah..mudah2an menjadi ibu yang cakna dengan kehidupan ini..wajib bagi kita melihat sirah terdahulu..mudah2an ade ibrah

[Muslimah Pembangun Ummah]

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang