15 Mei 2010

Supaya mendidik bernilai ibadah.


Muqoddimah.

Sepanjang 21 tahun diri ini menjadi anak kepada pendidik abah dan ibunda, na'am tepat 15 Mei itulah tarikhnya disambut, setiap kali sambutan mesti ada sahaja ucapan, hadiah, sedekah oleh anak-anak didiknya, diberikan juga oleh teman-teman sependidikannya.

Selamat Hari Pendidik wahai abah dan ibundaku, ku doakan dari Jazirah Syam ini agar Allah Subhanahu Wa Ta'ala meredhai usaha kalian mentarbiyah anak sendiri dan anak kepada orang lain, mendidik  dari sehari ke sehari.

Dan saya yakin anak kepada pendidik adalah lebih diperhatikan, tanya sahajalah teman-teman yang ayah ibunya pendidik, kerana lebih dikenali malah teman masyarakat sekeliling mengharapkan sesuatu juga diberikan, secara kolektifnya mereka ini ada bakat tertentu untuk dikongsikan tahniah buat mereka, saya seyakin seperti teman saya akh syin(tekan ini) panggilannya, beliau juga seperti saya memahami naluri anak warga pendidik, Alhamdulillah kami ditemukan atas dasar fikrah islamiah yang satu, syabab yang kental jiwanya takkan mudah mengaku kalah, malah bertegas dengan musuh-musuh yang tidak berfikrah islamiah kami akan terus istiqomah Perjalanan Dakwah|Torikud Da'wah ini. Maka doakan iye.

Mehnah|Tribulasi Warga Pendidik.

Sepanjang kehidupan menjadi pendidik dan bapa, abah seorang Ustaz yang diberikan thiqah@kepercayaan masyarakatnya, dari khutbah, kenduri tahlil, marhaban, baraan hari raya, hattalah meniqahkan golongan pemuda yang ingin mendirikan masjid digalaskan atasnya, bukanlah mahu bermegah-megah dengan gelaran itu hanyalah sebagai qudwah agar anak muda sepertiku dapat menghayati erti kemanisan berbapakan guru|pendidik, dalam pada itulah ujian Allah buat orang yang mengaku beriman, suatu hari mendapat satu warkah pihak atasan agar dipindahkan ke Sra Salak Tinggi Sepang atas alasan tidak kena-mengena malah tiada munasabah langsung.

Allah SWT telah berfirman yang bermaksud“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).” (Surah al-Baqarah ayat 214)

Maka Sunnah Orang Berjuang abah still tenang sahaja ketika ku renung wajahnya, diikutinya arahan itu tanpa menberontak hanya doa Silahul Mu'min. Sepanjang 2 minggu barulah beliau pulang bagi menjalankan amanah keluarganya pula. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Cukuplah dosa yang dipikul oleh seseorang itu apabila dia mensia-siakan orang (isteri dan anak-anak) yang dalam tanggungannya."(Hadis riwayat Abu Daud).

Dengan izin Allah barulah beliau pulang ke kampung halaman setelah lebih 2 tahun berkelana merata tempat, dengan nawaitu terus cekal sebagai pendidik, malah diberi amanah pula sebagai guru besar maka ia bukan satu kemuliaan malah ia adalah amanah besar.

Begitu juga ibunda, tidak lekang sebagai Muslimah membangunkan Ummah, sibuk dengan title ustazah diberikan kepercayaan menjalankan amanah, di pagi hari mengajar di petang hari dengan masalah masyarakatnya, pernah diberi amaran hanya kerana memberikan makcik-makcik yang telah berusia dalam pengisian usrah di kampung, mengajar dan memberi adakah berbeza.

Malah ibunda still istiqomah pengajarannya setiap masa, dari majlis bacaan yasin, tahlil, ceramah haji dan umrah, hattalah pengurusan jenazah muslimah diberikan padanya, alhamdulillah saya sempat mengambil ilmu  pengurusan jenazah itu bagi mentadbi'kannya, dan di sekolah menengah dulu banyak kali menjuarai pertandingan amal islami yang dijalankan. Mudah-mudahan beroleh barakah.

Allah swt berfirman yang bermaksud: "Barang siapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan ke luar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (Surah at-Talaq ayat 2 hingga 3).

Ada teman saya beliau mengajar di PASti untuk anak-anak kecil suatu masa ditanah air dulu, iye beliau seorang lelaki malah pemuda, katanya"akh nak mengajar budak-budak kecik ni bukan senang deme banyak ragam tau", kenapa?tanyaku,"bukan takat nak menjerit je rasenya ana ni boleh jadi org pempuan gak tau, yelah kene memberi leteran seharian, teman saya itu tidak tahan imannya lagi, kerana takut dengan kemarahannya boleh lupa hadaf permulaan mendidik anak orang lain yang memberi pengharapan padanya, malah dia terus berhenti serta menceburi bidang yang suitable dengannya. 

Ada teman sahabiah, ditanya padanya..berapakalikah perlu diajar anak didik ini supaya dapat dihadamkan apa yang dipelajari seharian, katanya"berhari-hari ya akh, kalau berleter seharian pun tak berasa rugi tau", begitu pula gambarannya.

Jom Koreksi|Muhasabah.

Sekarang saya sendiri mengalaminya, itulah adab kita sepanjang menjadi tullabu ilm' perlu hadamkan ilmu dipelajari, hormati, sayangi ustaz|guru|pensyarah|cikgu|syeikh kita itu, dan saya tidaklah mengalami kejutan budaya ke apa ke.

Alhamdulillah malah saya melihat sendiri, dua Waqi'iyyah di Tanah air dan di Bumi Jordan sendiri, rupanya mendidik bukanlah senang, seperti yang selalu diungkapkan. Dulu di tanah air mengajar anak-anak yatim pun sudah mahu pulang ke rumah sebab deprasi@tension tahap yang dahsat, syukran pada akhi saya al-fadhil ustaz halizal alias(Naib Mudir di Madrasah/Sekolah Rendah Sains Tahfiznya di Kulim)kerana banyak nasihat| inzar diberikan dulu.

Cuma tertarik melihat anak-anak orang arab di Jazirah Syam ini, deme bukanlah ade pakaian rasmi sekolah seperti anak-anak pasti itu tapi disiplin diterapkan ialah mengajar anak-anak kecil ini dengan Al-Qur'an terlebih dahulu, percayalah saya penduduk syam bumi barakah ini punyai keturunan yang tinggi nilai JIHADnya lihat saja jiran kami di Palestin sedari kecil meraka ditarbiyah sebaiknya oleh umi mereka.


Bersama adik-adik PASTI bumi jordan
tegas, lasak, berani berjihad..

Intabih|Ambil Cakna.

Dalam menghadapi fatrah imtihan niha'ei@final examination Fasal Thani(syita'), saya berpesan pada teman-teman, usah gentar menghadapinya, percayalah ibu bapa, jiran-jiran, saudara rapat, malah kaum kerabat mendoakan agar kita berjaya dengan cemerlang, bukankah kita ini Mahasiswa Ijazah Syariah Luar Negara[Jangan jadi musuh Allah berijazah syariah] yang sentiasa diperhati dan dinantikan Mujtama' tanah air tercinta, maka buat terbaik ye wahai diriku dan teman-teman.

Dan ihtimam@ambil berat dalam 15 mei ini jugalah cakna isu-isu palestin iye, terutama peristiwa Nakbah@Malapetaka besar yang menimpa saudara seakidah islamiah di Palestin iaitu penubuhan negara haram israel pada 15 mei 1948, maka sikap kita abna'ul haraki, pastikan sentiasa berdoa agar teman-teman jiran kita itu dikuatkan iman mereka dan melemahkan musuh-musuh islam melihatnya. Usah abaikan doa rabitah itu, Sila layari blog teman saya di Mantiqah Mafraq dengan kisahnya, akh izz(tekan ini).

Penutup.

Mudah-mudahan kita menjadi Pemuda-pemuda yang kental imannya sekental iman sahabat Tiga Serangkai di Bumi syam Mu'tah ini, (1) Zaid Bin Haritshah(2) Ja'far Bin Abi Tholib (3) Abdullah Bin Rawahah Radhiallahu Anhum. Mereka di tarbiyah langsung dari Rasulullahi Sollallahu alahi Wassalam, kepada para pendidik, guru-guru, bakal guru USAH jemu mendidik. [Supaya mentarbiyah bernilai ibadah].

0 komenan:

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang