04 Mei 2010

Dedikasi buat adik-adik, teman syabab di kampus tarbiyahku.

"Payahlah ustaz nak mengajak kawan-kawan buat kebaikan", kata akh faiz, "Doakan ana mendapat ruh tarbiyah meneruskan amal-amal islam iye",kata macho akh alif, "ustad, nanti sampai jordan doakan ana sambung M.A juga ke sana tau", kata ustaz din al-qassam,"syeikh memohon padaNYA anta moga dipercepatkan urusannya",kata minat ustaz huzaifah al-kelantani itu, kata ana padanya,"senyuman enta dalam ingatanku wahai akh ibtisam"..jaga diri itu iye.


Aiiwah, rupanya kalangan antum orang, sudah pun hampir tamat study di kampus tercinta dalam bidang masing-masing iye, patutla posting-posting blog masing-masing punyalah mencari ruangan bermonolog sepi, serta menterjemahkan tasawur@gambaran hati..yang gelisah itu, sudah dibuat wida'nya? maka menjadi adat yang biasa, awasi tindakan seharian iye, lazimi tarbiyah ruhhiyah sentiasa, amalkan nasihat murobbi dengan penuh teliti, agar menjadi dikalangan syabab yang berbisa penuh luar biasa, resah antum dapat dirasaiku yang berjauhan ini, pesananku seperti biasa. [Supaya gelisah itu bernilai IBADAH].

Na'am itu adalah uruf si amilin yang tetap teguh pendiriannya, jangan pernah kenal putus asa, kampus kita dinaungi sayap-sayap malaikat utusan minallahi ta'ala mencurah segala rahmat langsung dari Allah SWT, lihatlah hasilnya lahir ulama'-ulama' memberi ilmu mereka samada muda hingga berusia memberi sesuatu dalam mujtama'@masyarakat,[USAH gelisah adik-adik teman syababku], kemampuan kita dilindungi Allah swt, ingat janji-janjinya, pegang sunnah Rasul yang menjanjikan ganjaran buat pemuda-pemuda yang memegang tali-tali Allah, Bidadari-bidadari yang cun yang termaktub dalam surah Ar-Rahman sedang memerhati yang mana gelisah hatinya.

Sekarang tiba masa Istiqomah, bukanlah sahaja nama tempat selalu kita bermanja di Mosolla barakah istiqomah itu wahai mujahid, ianya sangat sukar ditarjihkan wahai adik2ku, tidaklah sesukar menulis sesuatu dalam blog ini,[USAH jemu memberi].

Suatu masa dulu,UNA(Ustaz Nik Abduh) pernah merintih dalam blognya,"maka para penuntut ilmu teruslah study bidang ilmu apa jua, teruslah berdakwah, pastikan dengan Hikmah(dalam Dakwah itu), Allah Swt menyuruh kita berdakwah (menyeru kebaikan menolak kemungkaran) maka WAJIBlah bagi kita, Hikmah bukan bererti lembut. Hikmah itu lembut dan keras. Islam adalah sebuah gerakan. Kerjanya bergerak dan menggerakkan ke arah keagungan syiar Islam. Ia bergerak menyatukan umat Islam di dalamnya. Keagungan adalah dengan bersatu di dalam Islam. Kerja kita adalah dakwah dan geraknya adalah gerak dakwah. Hikmah terbesar di dalamnya adalah istiqamah. Ia tidak layu ketika musuh-musuhnya layu. Ia bertahan ketika diasak dan ia bergerak ketika ruang diberi.Yakini, selagi istiqamah pakaian kita, Hikmah adalah jahitannya".

Na'am itulah renungan buat adik-adik teman pengajian yang juniurku malah ku anggap adik2 penawar duka ketika resah n tension tahap tinggi, suatu waktu itu.

Pesanan dedikasi terakhirku buat amilin seperti, akh din, akh huzaifah, khususnya..pastikan aktif memberi sesuatu dalam usia muda ini usah jemu menuntut ilmu, tarbiyah Kusza meresapi antum setelah menghadaminya, hanya terpilih menghayatinya, jangan gentar memberi penangan terhadap musuh-musuh islam, Jadilah anda seperti buah Nyiur@Kelapa Tua di pantai tok jembal itu, kalau di jordan, orang arab memanggil"fawaqih minal hind".

Kelapa Tua terutama di pantai tok jembal itu. Semua orang kenal kelapa tua di pantai tok jembal. Tahu pula gunanya kelapa tua itu. Sangat penting dan sangat berguna kelapa tua ini dalam hidup manusia. Namun begitu, kewujudannya tidak dipeduli dan tidak diendahkan orang. Kelapa tua ini tidak pernah menjadi topik perbincangan. Dahla tidak pernah dikaitkan dengan apa-apa isu atau masalah. Kalaulah kelapa tua ini mempunyai emosi, tidak ramai orang yang akan dapat merasakan dan menyelami perasaannya. Itulah kelapa tua.Kelapa tua tidak pula pernah bersusah hati kalau orang tidak mempedulikannya. Ia hanya tergantung di atas pokok dan terbuai-buai bila ditiup angin di tepi pantai tok jembal yang asyik memerhati kelibat syabab dan akhowat kampus dua terdekat itu melakukan pelbagai aktiviti yang di sukai, di redhai Allah Swt dan sebaliknya.

pantai tok jembal diambil manazir@pemandangannya
ketika sunrise, na'am itulah kebesaran Allah swt,
maka jangan sesekali cemarkan manazir itu.

mabruk akh huzaifah kelantani, kalau anta
ingat n rindu dengan ummu sulaim, ana rindu
bau kampus tarbiyah itu tau..

Tapi, lazimnya elok-elok kelapa tua itu tergantung di atas pokok sambil menikmati keindahan alam buana ini dari kedudukannya yang tinggi itu, datanglah budak-budak kampus dua tadi menjoloknya dengan galah yang panjang. Buat program reunion katanya, Tidak sabar menunggu kelapa tua itu jatuh sendiri. Bukannya selesa kena jolok-jolok macam tu.

Bila tangkainya sudah lemah setelah dijolok beberapa kali, maka gugurlah kelapa tua itu berpusing-pusing ke bumi. Gugur itu pula bukannya rendah. Bukan setakat lima atau sepuluh kaki tapi sampai empat puluh hingga lima puluh kaki. Bunyinya berdentum sampai ke tanah. Kalau kepala oranglah, memang confirm boleh bersepai otak.

Masalah kelapa tua ini tidak terhenti di situ sahaja. Ini baru muqaddimahnya. Ia dikutip dan kulit sabutnya dikoyak-koyak dan dibuang sedikit demi sedikit dengan parang cangkuk. Proses ini bukan sekadar sekali tetak sahaja. Berpuluh-puluh kali parang cangkuk itu menusuk ke dalam kulit sabutnya. Seksanya tak boleh nak cerita. Mula-mula sakit tusukan. Lepas itu, sakit dikoyak dan disiat-siat. Ini berterusan sampai tempurung sahaja yang tinggal.

Bila dah sampai ke tempurung, maka tak apalah. Cantik juga rupanya. Keras dan bulat. Tetapi manusia bukan tahu hendak menilai seni yang seperti itu. Tempurung bulat yang cantik itu ditetak pula dengan parang dengan sebegitu kuat hingga terbelah dua di tengah-tengahnya. Maka tersemburlah dan mengalirlah air jernih dari dalam perutnya dan terdedahlah isinya yang putih bersih.


Bagi kebanyakan kehidupan yang lain, kalau sudah sampai ke tahap ini, maka tamatlah riwayat hidupnya. Tetapi bagi kelapa tua ini baru permulaan. Banyak lagi seksaan yang menanti.

Tak cukup dengan menyemburkan air dari dalam perutnya dan mendedahkan isinya, isinya yang putih bersih itu dipisahkan dari tempurung, diparut dan dikukur pula hingga menjadi lumat. Tempurungnya dibuang. Kadang-kadang dibakar. Bentuk asal kelapa tua sudah tidak ada lagi. Yang tinggal hanyalah isinya yang sudah lumat dikukur dan diparut.

Untuk menambah seksanya lagi, dituang pula air ke dalam isi parut itu, diramas-ramas dan diperah-perah. Alangkah seksanya. Aduhla kalau dikirakan, ini sudah terkeluar dari batas-batas perikemanusiaan. Kemudian, ia ditapis menjadi santan. Kelapa tua yang dulunya keras dan bulat kini sudah menjadi cecair yang putih.

Setelah itu, minyak dipanaskan ke dalam belanga. Bawang merah, rempah dan rencah-rencah yang lain ditumis. Bila sudah cukup kuning dituanglah santan tadi ke dalam belanga. Maka berpanasanlah santan itu hinga terkeluar baunya.

Apabila sudah masak dan baunya harum semerbak ke seluruh ceruk rumah, maka orang pun bertanya:

Gulai apa tu? pergh sedap sangat baunya!”

Orang di dapur hanya menjawab,“Gulai ikan bawal aje.”

Gulai dapat nama. Ikan bawal dapat nama.



Orang kata, “mantap syiekh, sedap gulai ni!

Weh, sedap ikan bawal ni!

Jasa kelapa tua tenggelam begitu sahaja. Perjalanan dan pengalamannya yang begitu panjang dan menyeksakan dari sebiji kelapa tua di atas pokok yang tinggi hingga ke belanga yang panas berbahang, tiada siapa yang ambil kira dan ambil peduli.

Alangkah indahnya kalau kita dapat berjasa seperti kelapa tua ini. Jasa-jasa bukan untuk dipuji dan dipuja. Bukan jua untuk dikenang atau untuk mendapat nama..tetapi untuk ta’abbud kepada Allah SWT. Biarlah jasa-jasa kita tidak nampak pada pandangan manusia..tetapi tetap wujud dalam perhatian Allah SWT.

Na'am teman sefikrahku, pesananku buat diriku dan dirimu, Betapa perit pun cita-cita lama mendokong dan menggenggam syariat Islam di zaman fitnah ini. Jangan gusar lagi resah[supaya gelisah bernilai IBADAH], Istiqomah iye, agaknya kerana itulah Saiyyiduna Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam telah menyebut satu tawaran besar di dalam hadith Baginda :

Maka barangsiapa yang menghidupkan sunnahKu (ajaranKu) di saat berlakunya fitnah keruntuhan iman dan aqidah serta kerosakan umatKu, maka baginya pahala yang menyamai 100 orang mujahid yang mati syahid di medan jihad

3 komenan:

soutul muslimah berkata...

salam...
jk niat kita ikhlas spanjang berjuang insyallah Allah akn dorongkan hati kita tuk terus istiqamah...ni ana tinggalkan doa murabbi ana tuk kita terus istiqamah dalam pejuangan...ALLAHUMMA ZUAQNA ISTIQAMATA WA HABIBNA SALATAL JAMAAH..ya Allah kami rasa zauq beristiwanah dan mencintai solat berjemaah..wasalam..

soutul muslimah berkata...

ada mslha keybord..betulkan ejaan diatas..

ibn suhaimi™ berkata...

Na'am,"talzamul jamaahtul muslimin wa imamahum"
mudah2an teman-teman adik2 ku istiqomah..dengan baik..[USAH jemu memberi]

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang