21 Mei 2010

Anak muda takkan Redha dengan Judi

Muqoddimah

Seminggu ini baru sahaja menyelesaikan mingguan pemantapan Akidah Islamiah di Pusat Khidmat Mahasiswa Mu'tah(Puskma), belum pun selesa dan tenang belajar memikirkan Aliran Syiah yang menjalar dahsyat menutupi ruang lingkup fahaman dikalangan Ummat Islam seluruh dunia, sudah pun terhingar khabar di Tanah air.

Kadang-kadang ada perasaan terkesima malu dengan isu yang melanda Ummat Melayu masa kini, tanggapan Ammu arab depan rumah kami selalu bertanya di Malaysia yang diiktiraf negara islam yang maju ini, pasti penduduknya sangat mulia?Pastinya mereka takkan berfikir ada Judi yang halal di sana, mereka begitu tertarik luhur budi pelajar Malaysia yang sopan akhlaknya yang datang dari negara yang baik sumbernya. Apa jawapan bernas, jujur perlu dijawab, adakah dengan mengatakan bahawa jika ingin tahu judi HALAL terdapatnya di sana, di dalam Agama rasmi Malaysia dan dunia ini iaitu ISLAM, tiada yang namanya judi itu halal.

Apakah ini salah kami pelajar bidang jurusan syariah luar negara tidak cakna dengan isu maisir(Judi) ini sehingga asyik dengan belajar sahaja, jawapannya TIDAK sama sekali dan saya yakin teman-teman saya juga sangat perihatin hal ini, cuma kudrat hanyalah untuk melakarkan ini sebagai satu inzar atau peringatan bahawasanya tidak bersetuju dengan mana-mana pihak yang menggunakan maisir(judi) sebagai sumber utama negara, malah tidak redha juga, janganlah sampai mencampurkan yang haram menjadi halal.

Iya, saya ini menjadi tertarik dengan khabar yang mendominasi segenap ruangan lingkup kemajuan arus sehinggakan ada kecelaruan berlaku di dalam Mujtama' Malaysia.
Bahkan perkara ini mesti dicakna semua, dicakna juga oleh ibu-ibu, wanita, orang perempuan yang memasak di dapur juga.

Maka sangat bersetuju dengan teman saya Al-fadhil Ustaz Hunak hasanhusaini(tekan ini), mengapa para ilmuan sangat tidak sensetif hal besar melanda golongan muda dan tua ini, padahal jelas malah bersuluh, bahawa kalimah dalam Al-Qur'an Al-Karim menyebut الخمر serta diikuti kalimah الميسر. Jangan benarkan haram pada arak sahaja seperti di Hulu selangor itu, padahal judi berleluasa juga Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman"Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”. [Surah Al-Maa-idah (5) : 90]. Bukankah kedua-duanya HARAM sama sekali.

Bola Sepak semua minati.

Pepatah arab terdahulu sering menyebut"al-aqlu salim min jismu saliim" akal yang sihat bermula dari badan yang sihat, beriadah dengan bermain bola, suami, ayah, datuk, cucu, orang lelaki pasti meminati, saya juga antara yang bakal menunggu musim Piala Dunia(world cup) itu, namun batasan seorang muslim mesti tepat, Syabab ISLAM membuat sesuatu mesti bernilai IBADAH.

Pada teman-teman saya, ingatlah bahawa isu bola sepak adalah sangat mendominasi dunia tanpa sempadan hari ini, tanya sahaja siapa si anak kecil pun sudah kenal Zinedine zidane, Micheal Ballack, Ronaldo, iye itu peringkat international, dalaman tanah air dengan era 80-an Mokhtar Dahari, 90-an Azman Adnan ramai lagi hinggakan pabila menonton sekali rancangan favourite ini, bukan sahaja jika tiada amalan dan etika adabnya, membuatkan golongan itu menjadi fanatik, malah mampu menterbalikan television, membakar skrin besar, membunuh dan rusuhan@muzhoharat dahsyat disebabkan Bola yang disepak hanyalah satu itu.


Anak masih lagi dalam buaian sudah pun dibelikan bola sebagai mainan, tak kira dari dalam buaian hinggalah ke darjah enam pun yang lelaki pasti pandai menyepak bola sekurang-kurangnya, tanyalah sahaja guru pendidikan Jasmani Sekolah Rendah mahupun Menengah permainan apa paling digemari?

Kebimbangan ibu bapa tercetus bila mana anak-anak sudah mengetahui bahawa terdapat satu jalan yang mana dibolehkan berjudi dengan HALAL di Tanah air, sedangkan permainan porker dalam laman sosial Facebook itu pun sukar dibendung, inikan pula pertaruhan bola sepak yang dijamin selamat dan HALAL itu.


Islam Tidak menghalang naluri manusia.

Banyak ibrah terdahulu, tunggu sahajalah Musim itu nanti, ketika itu nanti panggilan isteri tiada di sahuti, rintihan anak tiada dalam senarai respon yang baik, kuliah sanggup di tangguh, bahas atau assingment kemudian ceritanya, dahsyatnya naluri manusia yang bernafsu itu.

Ketika ini pastinya sudah lupa sahabat yang menjadi jiran Rasulullahi Sollallahu alaihi Wassalam iaitu Abu Ayub Al-Ansari itu, yang wafat dan ditanam jenazahnya di dinding Kota Konstantinople itu, kerana Jihadnya dalam memerangi kaum musyik byzantine di Istanbul-Turki, beliau mendapat Syahid kerana berjuang tapi yang kita kenal hanyalah pemain Turki  Football World Cup seperti Hasan Sas, Volkan Demirel, Hasan Sukur itu, benar kan.

Sesungguhnya islam tidak menghalang naluri manusia, namun nafsu mendorong manusia menggunakan naluri itu untuk bermaksiat pada Allah Subhanahu wa Ta'ala, silakan minat atau suka, jika tidak berlanggar dengan Syariat ditetapka ia. 

Bahkan Islam menggalakkan berhibur bagi mengelakkan tekanan, selagi tidak bercanggah dan tidak memberi kesan negatif, ia ibarat ubat mengurangkan kesakitan yang dapat menghilangkan keresahan buat seketika, tetapi tidak dapat menghapuskan punca keresahan itu.

Isu maisir dan khamru, adalah kaedah melihat, kata teman saya itu, bahkan ia benar, kaedah melihat yang berlaku seperti "alim-alim kucing" dalam istilahnya, ada terpekik mengatakan Arak adalah Haram di H.Selangor kerana nafsu melihat ingin mendapat sambutan dan sokongan, Maka Judi juga menjadi Halal kerana ingin melihatnya juga mendapat sambutan dan keuntungan di masa akan datang, sikap meterialisme berlaku dahsyat, kata mereka bagi mengelakkan perjudian secara tidak sah@haram berleluasa bulan hadapan(World Cup). 

Pintu Taubat bagi Yang mengaku bersalah.

Kalaulah semua pelaku kesalahan menerima kesalahan mereka dengan taubat nasuha, saya yakin Allah yang sifatnya MAHA Pengampun akan menerimanya,


Sabda Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wasssalam, “Bahawasanya Allah yang Maha Mulia lagi Maha Besar menerima ia akan taubat hamba selama belum sampai rohnya kepada halkumnya.” (Hadis imam riwayat at-Tirmidzi Radhiallahu anhu)

Taubat Firaun tidak diterima kerana nyawanya sudah sampai ke halkum pada masa itu, lalu Malaikat Jibril menyumbat mulutnya dengan pasir : Dari Sa’id bin Jubir dari Ibnu ‘Abbas radhiallahu anhuma meriwayatkan: “Dua orang sahabat menghadap Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam (menanyakan tentang Fir’aun). Sabda Rasulullah SAW : "Malaikat Jibril menyumbat mulut Fir’aun dengan pasir, khuatir kalau-kalau akan mengucapkan: ‘La ‘ilaha illa’l-lah." (Hadis Shohih, Hadis Riwayat imam at-Tirmidzi Dan Hadis Riwayat Abu Hurairah radhiallahu anhuma).Bertaubatlah selagi nyawa di badan dan belum menuju ke halkum anda.


Penutup.

Ayuh saya menyeru Para ilmuan, kita bersikap Salamatus Sodru Wal Fikru(berlapang dada dan terbuka fikirannya), dengan tidak bersetuju mana-mana pun pihak yang bercanggah hukum syariat ditetap hukumnya oleh Allah Subhanahu Wa ta'ala. Sesungguhnya Abu Sa’id al-Khudri yang katanya, Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam bersabda bermaksud:“Siapa yang beroleh harta dengan jalan halal, dia akan mendapat berkat. Siapa yang memperoleh dengan jalan tidak halal, maka contohnya seperti orang makan yang tidak pernah kenyang.”

Ibnu Suhaimi-Medan Nafar-Mu'tah Jordan Al-Hasyimi.

2 komenan:

littleantzz berkata...

kalau di mesir, syeikh di sana sangat suka dengan pelajar malaysia,
katanya pelajar malaysia penuh dengan adab dengan sopan...

tapi bila timbul isu judi bola ni, memang rasa malu nak sebut saya rakyat malaysia.

apa dah jadi?

budak yang skolah pasti pun tahu judi haram.

ibn suhaimi™ berkata...

Sungguh ya littleantzz, aiwahh sikap kita tetap suka pada 'Ka'sul Alam(World Cup) Namun jangan
suka pada 'Maisir'..

"orang MUDA geng nahnu"

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang