02 Jun 2009

Mari kita kembali mengingati Tarbiyah Islamiyyah.

Risalah kecil ini ku nukilkan khusus buat semua bekas pelajar-pelajar maahad, kolej-kolej Islam dan SMKA walau di mana anda berada.



.:: Menangis sayu hatiku ini mengenangkan masyarakat Islam yang kian hilang identitinya ditelan arus zaman. Walaupun pelbagai usaha giat dijalankan bagi menghidupkan kembali ruh Islam dalam masyarakat namun ia masih belum berjaya. Kegagalan ini mengakibatkan ummat Islam di seluruh dunia menjadi bahan permainan musuh-musuh Allah yang durjana. Pelbagai bentuk serangan baik dari segi fizikal mahupun mental dilancarkan bertubi-tubi.

Tetapi, malangnya ummat Islam tidak berupaya menepis apatah lagi membalas serangan mereka dengan satu tindakan yang menyebabkan mereka akur kepada kekuatan ummah ini. Begitu juga jika difokuskan kepada masyarakat di alam universiti. Biah Islam di kampus-kampus kian lesu. Hanyalah sayup-sayup kedengaran suara lantang dari sejumlah kecil mahasiswa Islam yang bangkit mengerjakan amar ma’ruf dan nahi mungkar dan berusaha mengejutkan rakan-rakan dari tidur lena yang panjang.

Saudara-saudaraku yang dikasihi sekalian, Tambah pilu perasaan ini, apabila mengenangkan saudara-saudaraku yang pernah bersama-sama dalam tarbiyyah sejak di bangku sekolah yang kini berada di alam kampus. Kini, sebahagian besarnya ghaib daripada senarai aktivis mahasiswa Islam yang menjalankan kerja-kerja mulia yang diwarisi daripada para Nabi dan Rasul ‘alaihimussholatu wassalam.

Di manakah kalian tatkala beberapa kerat daripada sahabat-sahabatmu yang masih berbaki berhempas-pulas menghadapi ombak badai perjuangan? Kalian pernah bersama-sama menerima tarbiyyah Islamiyyah, dijaga dengan rapid dan diasuh dengan corak Islam. Malah, bukankah kalian turut sama membentuk adik-adik yang menjadi barisan pelapis kepada perjuangan ini. Kalianlah yang mengajar dan menegur kesalahan mereka dan mendidik mereka dalam kepimpinan BADAR di sekolah.



Keperluan ummah kian mendesak untuk mendapatkan bantuan kecemasan dari team Maahadians yang mendapat acuan Islam di sekolah, setelah mereka mula tenggelam timbul di tengah samudera ganas kehidupan modern dewasa kini. Akhlak dan moral mereka tercalar teruk ekoran pergeseran yang berlaku antara mereka dengan tamadun barat yang melanda kehidupan seharian mereka. Aqidah dan keyakinan mereka kian terhakis di hentam kebejadan terancang, golongan yang mendendami Islam dengan semangat solibiyyah yang belum padam.

Jiwa mereka kosong dan tandus gersang tanpa pengisian dan bimbingan intelektual Islam yang haraki dan muttaqin. Kini kesucian dan kebersihan landskap tamadun dan peradaban Ummat Islam dicemari sampah sarap kemungkaran yang sengaja dilonggokkan kepada mereka. Kehidupan ummat Islam di alam kampus semakin terancam dan sangat membimbangkan. Namun, di manakah Maahadians? Bukankah kedatanganmu dinanti? tapi kenapa cuba menyembunyikan diri kalian dari pentas dakwah?



Ayuh !! Marilah kita mengenderai perjuangan ini, kehadiran kalian sangat diperlukan ummah sebelum mereka karam digulung gelombang ganas, sementara kalian pula akan dipersalahkan sepanjang zaman terhadap apa yang berlaku andainya kalian persiakan harapan mereka. Masih belum terlambat untuk kita kembali mempertaut ribat dan menjalin ukhuwwah perjuangan. Kita bergerak sehayun tangan selangkah kaki meredah segala cabaran di medan ::.

Perjuangan Ulama'
mereka pewaris para anbiya'
.

Syeikh Izzuddin Al-Qassam
tokoh murabbi dan ulama' yang saya minati sejak kecil.
______________________________________

Di adaptasi daripada bebeapa siri risalah daripada Ustaz Nasruddin Hassan At-Tantawi buat Azhari dalam blog beliau (Episode Sebuah Perjuangan).

0 komenan:

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang