19 Disember 2008

Adakah Aku Pejuang Islam??

Peristiwa ini terjadi dalam satu majlis ilmu di suatu malam yang menyaksikan satu kejadian yang mana boleh dikongsi bersama-sama dengan pendokong-pendokong Islam, tidak kira di mana anda berada di peringkat pimpinan ataupun diperingkat ahli biasa, dengan syarat anda adalah kononnya nak membawa suasana Islam disesuatu tempat.

Memang itu adalah cita-cita anda akan tetapi apa yang terjadi pada anda dan tempat anda?, hanya kita sendirilah harus muhasabah diri kita sendiri dengan panduan yang ada. Apakah yang kita lakukan sekarang sudah memadai untuk kita di gelar sebagai pendokong Jemaah Islam ataupun sebaliknya.

Berdasarkan satu majlis yang diconduct oleh ustaz A dan dihadiri oleh para ahli-ahli yang ingin membawa Islam di sesuatu tempat sebagai contohnya kampus universiti.

secara ringkas diceritakan bahawa permulaan majlis ustaz A mengarahkan kami untuk menutup mata kami, mendengar arahan begitu kami semua menutup mata tanpa bertanya kenapa kami harus menutup mata. Setelah semua menutup mata Ustaz memberi arahan setiap soalan yang akan diberikan jawapan harus diberikan dengan menganggkat tangan dan mulut tidak boleh berbunyi, dan seorang pun tidak diizinkan membuka mata.

Selepas itu Ustaz telah memainkan peranan utamnya untuk bertanyakan soalan kepada kami, jika jawapan Ya kami seharusnya mengangkat tangan.

Ustaz bertanya kepada kami akan -

1. Siapa disini yang solat subuh berjemaah?

2. Siapa yang membuat qiamulail di dalam minggu ini?

3. Siapa yang puasa hari ini?

4. Siapa yang menghabiskan satu juzuk dari al-quran hari ini?

Selepas Ustaz menghabiskan soalan yang keempatnya Ustaz mengarahkan kepada kami untuk membuka mata, selepas itu Ustaz memberi tahu jawapan kepada soalan dia bagi tadi.

Pada soalan yang pertama, Ustaz mengatakan bahawa 5 orang sahaja yang bersolat secara jemaah pada waktu subuh tadi sedangkan kami semua yang berada didalam majlis itu seramai lebih kurang 50 orang, tidak sampai sepuluh peratus.

Jawapan kepada soalan kedua pula, hanya sedikit sahaja yang bangun qiam pada minggu ini.

Bagi jawapan yang puasa, tidak ramai yang puasa hari itu kerana kebetulan majlis dibuat pada hari Isnin malam Selasa.

Lagi teruk jawapan soalan ketiga kerana tiada seorang pon yang menghabiskan satu juzuk quran hari ini.

Hasil daripada jawapan yang telah kami berikan Ustaz merasakan begitu sebak dan sedih, dan Ustaz terus menanyakan kepada kami soalan yang cukup kami merasakan bersalah dengan kealpaan kami, ustaz bertanya "Tahu tak antum semua syarat untuk menang dalam perjuangan ini?"

Ustaz mengatakan untuk kita menang dalam perjuangan ini banyak syaratnya, tetapi disini satu syarat sahaja yang disebutkan oleh Ustaz iaitu ketaatan kepada Allah, daripada hasil survey ustaz buat ke atas kami semua tadi Ustaz amat sedih dengan keadaan kami semua.

Ustaz mengatakan lagi bahawa ketaatan kepada Allah adalah asas kepada kita untuk menang dalam hidup ini tidak kira dalam perjuangan ke dalam study mahupun dalam apa jua dalam bidang kita ceburi.

Ustaz menjelaskan sebab mengapa kita tidak mampu untuk membuat sesuatu kerja atau tugas dengan sempurna sedangkan perkara mutlak kita tak sempurna iaitu ketaatan kepada Allah jadi macam mana kita nak sempurnakan kerja yang tidak mutlak sekirannya perkara mutlak kita tidak selesaikannya. Ustaz terus mengatakan bahawa kalau berlaku bencana alam yang lebih teruk daripada tsunami kalau begini sikap kita para pejuang Islam.
Perasaan kami bila Ustaz cakap macam tu kami semua sedar akan kealpaan kami semua yang kami ini adalah berjuang atas nama Islam akan tetapi dalam melakukan ketaatan kepada Allah kami amat alpa. Pesanan kami untuk para ahli Jemaah Islam sekalian, sedarlah diri supaya kita dapat bersama-sama melakukan ketaatan kepada Allah untuk membentuk masyarakat disekeliling kita untuk bertakwa kepada Allah, jika diri kita tak terbentuk macam mana la kita nak membentuk orang lain. Bersama-sama lah kita membentuk negara kita supaya menjadi aman dan makmur dan yang paling penting sekali ialah mendapat keredhaan dan pengampunan Allah S.W.T.



-inni akhofullah...

0 komenan:

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang